Thu, 4 Jul 2024

HEADLINES :


295 Perkampungan Orang Asli diwartakan sebagai kawasan rizab - Rubiah
Published on: Tuesday, July 02, 2024
By: Bernama
Text Size:

295 Perkampungan Orang Asli diwartakan sebagai kawasan rizab - Rubiah
Rubiah berkata setakat ini, sejumlah 272 perkampungan Orang Asli dengan keluasan kawasan 809,677 hektar telah diukur dan dipohon untuk diwartakan, namun belum mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri terlibat.
Kuala Lumpur: Sebanyak 295 daripada 853 perkampungan Orang Asli telah diwartakan sebagai kawasan rizab Orang Asli.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata perwartaan kawasan yang berkeluasan keseluruhan 40,412 hektar itu dilaksanakan mengikut Seksyen 6 dan 7 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).

“Kementerian juga sedang menyelesaikan isu melibatkan kawasan penempatan Orang Asli yang bertindih dengan kawasan rizab lain bagi membolehkan ia diwartakan sebagai kawasan rizab Orang Asli.

‘’Dalam hal ini, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memberi fokus dalam menyelesaikan pengukuran dan pewartaan kepada kawasan penempatan Orang Asli terlebih dahulu bagi membolehkan pembangunan dinikmati di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Dewan Rakyat, hari ini.

Rubiah berkata setakat ini, sejumlah 272 perkampungan Orang Asli dengan keluasan kawasan 809,677 hektar telah diukur dan dipohon untuk diwartakan, namun belum mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri terlibat.

“Justeru, JAKOA amat berharap kerajaan-kerajaan negeri dapat memberi perhatian sewajarnya kepada pemohonan tersebut,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here