Thu, 4 Jul 2024

HEADLINES :


Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi - PM
Published on: Tuesday, July 02, 2024
By: Bernama
Text Size:

Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi - PM
Anwar berkata kerajaan dilontarkan dengan pelbagai dakwaan antaranya menjual negara, ejen Israel dan Yahudi.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Kerajaan MADANI tidak akan sesekali berundur meskipun berhadapan kritikan terhadap tindakan tidak popular, antaranya berkaitan penyasaran subsidi diesel dan pembanterasan rasuah secara tegas.

Beliau berkata langkah itu penting bagi mengukuhkan asas ekonomi negara memandangkan hasil negara ‘disakau’ dan subsidi pula tidak disalurkan kepada golongan sasar.

Perdana Menteri berkata penyasaran subsidi diesel perlu memandangkan aktiviti penyeludupan bahan api itu berleluasa sejak puluhan tahun dan hasil subsidi dibeli untuk kegunaan negara lain.

“(Kita) tak boleh mengenepikan keresahan rakyat kalau terbeban masalah rakyat. Maka hasil yang diperoleh itu harus dipulangkan kepada rakyat.

“Sebab itu kita harus istiqamah untuk memberi penjelasan walaupun kadang-kadang menghadapi sedikit kesukaran,“ katanya pada perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Anwar berkata kerajaan dilontarkan dengan pelbagai dakwaan antaranya menjual negara, ejen Israel dan Yahudi.

“Saya sering kali jawab sikit.. tapi saya tak peduli kerana saya fikir kita punyai tugas. Tidak mudah dalam negara ini kerana politik kebencian terlalu menebal,“ katanya.

Perdana Menteri turut menyuarakan kekecewaan kerana fakta tidak dipedulikan sama sekali dalam kritikan.

“Tak ambil gaji, dihina, banteras rasuah dengan tegas pun dihina, baik dengan Hamas pun dihina, dengan Blackrock pun dia kata ejen Yahudi. Fakta, tidak dipedulikan sama sekali.

“Jadi yang diutarakan ialah kebencian. Apakah ini harus mengganggu kita? Tidak,“ kata Perdana Menteri.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here