Wed, 3 Jul 2024

HEADLINES :


Sabah-Malaysia Rumah Keduaku dilancar
Published on: Monday, July 01, 2024
By: Jonathan Nicholas
Text Size:

 Sabah-Malaysia Rumah Keduaku dilancar
Christina optimis 3,000 unit yang tersedia dan memenuhi kriteria di Sabah akan terjual dalam tempoh 18 bulan. 
Kota Kinabalu: Sebanyak 3,000 unit hartanah bertingkat di Sabah yang berharga RM600,000 ke atas kini terbuka kepada pemohon Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) selepas ia dilancarkan pada Ahad.

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri (Kepkas) yang diterajui Datuk Christina Liew memantau program itu di Sabah. 

Dasarnya masih mengikut struktur MM2H yang diluluskan oleh Kabinet, dengan Kepkas berusaha untuk memudahkannya.

“Tetapi ia tidak bermaksud tidak ada ruang untuk penambahbaikan. Jika perlu melakukan penyesuaian sepanjang program berlangsung, kami akan melakukannya.

“Program ini membuka pintu Sabah kepada warga asing dari seluruh dunia untuk datang dan melabur, bersara, atau sekadar tinggal di sini.

“Jika terdapat isu teknikal ia tidak akan memberi kesan kepada dasar kerana ini adalah dasar kerajaan negeri. 

“Kami sepatutnya melancarkannya pada hari pertama Jun tetapi tidak mengapa, kami mengambil masa sebulan untuk membuat penyesuaian," katanya semasa pelancaran itu pada Ahad di Shangri-La Tanjung Aru. 

Antara pemegang taruh yang hadir termasuklah anggota-anggota Shareda dan Persatuan Undang-Undang Sabah.

“Kriteria lain termasuk pemohon mesti berusia sekurang-kurangnya 30 tahun dari negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, dan deposit tetap sebanyak RM150,000 untuk individu dan RM300,000 untuk keluarga,” tambahnya.

"Warga asing tidak dibenarkan membeli unit rumah di atas tanah atau unit mampu milik, yang hanya untuk penduduk tempatan. Mereka boleh memilih megapuri (penthouse). 

“Keputusan mengenai rumah yang dijual semula oleh pemilik sedia ada akan dibuat dalam mesyuarat minggu depan.

“Saya juga tidak akan bertolak ansur dengan ejen-ejen yang menyewakan rumah ini. 

“Pemeriksaan berterusan melalui jawatankuasa kami juga akan dilakukan, dan pelanggaran boleh dilaporkan terus kepada kami,” katanya dengan tegas berkenaan kebimbangan mengenai monopoli AirBnB.

Christina optimis 3,000 unit yang tersedia dan memenuhi kriteria di Sabah akan terjual dalam tempoh 18 bulan. 

Apabila ditanya sama ada Sabah mempunyai hartanah bertingkat yang mencukupi untuk mengekalkan program tersebut, katanya, beberapa pelan pembangunan telah pun diluluskan dan menunggu pembinaan. 

Beliau juga memberi jaminan bahawa program itu tidak akan meningkatkan harga hartanah di Sabah.

“Peserta terikat dengan tempoh lima tahun di mana mereka tidak dibenarkan menjual rumah mereka atau menaikkan harganya.

“Jika mereka memutuskan untuk menjualnya selepas tempoh ini, maka mereka perlu membeli hartanah lain yang memenuhi kriteria yang sama, atau mereka akan dikeluarkan dari program. 

“Program ini penting untuk menggalakkan pembangunan hartanah. Ia adalah satu trend apabila kita memulakannya kemudian semua transaksi yang dijalankan akan mewujudkan ‘spin off’,” katanya.

Apabila ditanya jika Sabah mempunyai infrastruktur mencukupi bagi menangani kemasukan ini, katanya, Kerajaan Negeri sedang bekerja keras, terutamanya mengenai bekalan air.

“Secara serius, di mana lagi di Asia Tenggara anda dapat mencari lokasi yang strategik seperti Sabah, hanya beberapa jam dari sini? 

“Inilah sebabnya mengapa terdapat begitu ramai pelancong datang ke sini. Kita berada dalam kedudukan yang sangat menguntungkan.

“Mereka (peserta program) berpeluang tinggal di sini selama 10 tahun, dan hanya perlu untuk berada di sini secara fizikal 30 hari setahun, selain memiliki rumah di negeri yang cantik.

“Bawa anak-anak anda, mereka boleh bersekolah di sini. Sabah menawarkan salah satu sekolah terbaik,” katanya.

Sementara itu, terdahulu dalam forum, beliau mengingatkan ejen-ejen yang dilantik di negeri ini supaya tidak menaikkan harga terlalu tinggi.

“Ini adalah pasaran terbuka, tetapi yuran maksimum yang disyorkan adalah RM15,000. Jika anda mengenakan bayaran lebih tinggi, anda mungkin akan kehilangan pelanggan. 

“Kerajaan Sabah mengenakan bayaran pemprosesan sebanyak RM3,000 sekali bayar,” katanya. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here