Wed, 3 Jul 2024

HEADLINES :


Sabah miliki masjid terbanyak di Malaysia – Ketua Menteri
Published on: Monday, July 01, 2024
Text Size:

Sabah miliki masjid terbanyak di Malaysia – Ketua Menteri
“Saya berharap kerja-kerja pembinaan dapat segera dimulakan bagi memastikan masjid baru ini siap dibina dalam waktu ditetapkan,” Hajiji berkata.
TAWAU: Sabah mempunyai 1,127 buah masjid, yang terbanyak di Malaysia, selain memiliki 1,221 buah surau, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor. 

Katanya,  di Tawau sahaja terdapat 133 masjid dengan 103 surau, kedua selepas Semporna yang mempunyai 246 masjid dan surau. 

Beliau berkata, walaupun Islam merupakan agama rasmi negara ini, namun rakyat bukan beragama Islam bebas mengamalkan kepercayaan agama masing-masing. 

“Bukan bererti kalau kita mempunyai bilangan masjid yang banyak untuk beribadah, ia sesuatu yang boleh merenggangkan keharmonian dan perpaduan di antara kaum dan juga kepercayaan di negeri Sabah amnya dan negara kita khasnya.

“Kita mesti menjadi umat Islam yang berdisiplin, mempunyai moral yang cintakan keadilan, perpaduan dan kemajuan. Ini mesti diterapkan pada diri umat Islam, supaya imej agama Islam berada di tempat yang sewajarnya. Jangan kita jadikan agama ini sebagai sesuatu yang boleh merosakkan hubungan ataupun tanggapan yang negatif daripada kaum-kaum lain yang bukan beragama Islam,” katanya. 

Hajiji menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Masjid Ar-Rahman Bandar Sri Indah di sini, Ahad. Beliau juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui, dan keluarganya, kerana dengan murah hati menderma lima ekar tanah untuk tapak Masjid Ar-Rahman di Bandar Sri Indah Tawau.

Katanya, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta sebagai permulaan untuk pembinaan masjid itu bagi menampung keperluan kira-kira 10,000 penduduk. 

Beliau berharap Masjid Ar-Rahman apabila siap, akan menjadi masjid paling aktif dan berdaya di Tawau. 

“Saya berharap kerja-kerja pembinaan dapat segera dimulakan bagi memastikan masjid baru ini siap dibina dalam waktu ditetapkan,” katanya. 

Menurutnya, pembinaan sesebuah masjid atau surau adalah sangat dituntut, lebih-lebih lagi di kawasan yang mempunyai penduduk beragama Islam.   

“Misalnya, penyediaan ruang untuk program kelas mengaji Al-Quran, kelas Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, malah ada juga yang menyediakan ruang untuk majlis kenduri kendara dan sebagainya. 

“Justeru masjid kini menjadi pusat serbaguna ke arah kemajuan dan pembangunan ummah, sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui dan keluarganya kerana bermurah hati mewakafkan tanah seluas 5 ekar untuk tapak Masjid Ar-Rahman Bandar Sri Indah Tawau. 

Turut hadir ialah Menteri Sains. Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung Datuk Hamild @ Hamid Awang dan Adun Kukusan, Rina Jainal. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here