Thu, 4 Jul 2024

HEADLINES :


Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau mampu jadikan Tawau pintu masuk ke Nusantara
Published on: Monday, July 01, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau mampu jadikan Tawau pintu masuk ke Nusantara
JOSEPH menyampaikan cendera kenangan kepada Hajiji selepas merasmikan majlis pecah tanah TICC di Jalan Traulsen, Sabindo, pada Sabtu.
TAWAU: Pembinaan Tawau International Cultural Centre (TICC) di Jalan Traulsen Sabindo, berpontensi menjadi titik permulaan transformasi Bandar Tawau sebagai salah satu pintu masuk Malaysia ke Nusantara (Malaysia Gateway to Nusantara).

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang berkata, perkara itu dilihat penting untuk memastikan Kerajaan Sabah dapat mengoptimumkan potensi dan peluang susulan pemindahan Ibu Negara Republik Indonesia ke Nusantara.

Menurutnya, cadangan pembangunan TICC merupakan salah satu inisiatif MPT bersama wakil-wakil rakyat tempatan untuk memajukan sektor pelancongan di bandar Tawau. 

“Cadangan pembinaan TICC ini adalah seiring dengan aspirasi hala tuju 

Sabah Maju Jaya iaitu sektor pembangunan infrastruktur dilaksanakan untuk memberangsangkan sektor Pelancongan dan Ekonomi di daerah Tawau.

“Dalam masa yang sama, kita menitikberatkan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat setempat,”katanya lagi.

Joseph percaya apabila terlaksananya pembinaan TICC itu akan dapat menarik lebih ramai pelancong untuk singgah ke bandar Tawau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Pusat Kebudayaan 

Antarabangsa Tawau (TICC), di sini, pada Sabtu yang disempurnakan, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Menurutnya, pembinaan TICC merupakan Projek Pembinaan yang sudahpun diluluskan Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan oleh MPT, di atas tanah MPT dengan keluasan keseluruhan 3.24 Hektar atau 8.0 ekar.

Katanya, projek cadangan TICC melibatkan tiga bidang tanah yang berstatus warta dan tanah lapang iaitu; No. Warta 280 -1987 seluas 2.51 Hektar, No. Warta 615-1989 seluas 0.33 Hektar, dan sebahagian tanah lapang TL 107523008 seluas 0.4 Hektar)

Tambahnya, pembangunan itu merangkumi dua blok satu tingkat melibatkan bangunan tertutup, bangunan terbuka, medan selera dan sebuah dataran tempat letak kenderaan. 

Joseph berkata, di dalam TICC itu nanti, akan disediakan Convention Hall dengan kapasiti 2,000 pengunjung untuk tempat penganjuran atau perkongsian program berkenaan seni dan budaya atau berkaitan.

Turut disediakan, Mini Theater dengan  kapasiti 300 orang, Open Theater (kapasiti 600 orang) dan Galeri Seni Kebudayaan dan Muzik Pameran bagi membolehkan pelancong atau pengunjung mengenali keunikan dan kekayaan budaya di daerah Tawau.

“TICC itu juga bakal disediakan dengan gerai krafttangan untuk mempromosikan hasil kraftangan tempatan kepada pengunjung dan pelancong, sekaligus menjana hasil tempatan.

“Demikian juga dengan Gerai Makanan yang akan dapat mempromosikan keunikan makanan tempatan daripada pelbagai budaya etnik di daerah ini,”katanya lagi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Joachim Gunsalam; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Pembantu Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here