Wed, 3 Jul 2024

HEADLINES :


Lelaki maut kenderaan terjunam sungai
Published on: Monday, July 01, 2024
By: Jonathan Nicholas
Text Size:

Lelaki maut kenderaan terjunam sungai
MAYAT mangsa dibawa ke jalan utama menggunakan pengusung.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki ditemui mati selepas Toyota Vigo dinaikinya terjunam ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras semasa hujan lebat di Kg Mansiang, Manggatal, pada Sabtu.

Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengenal pasti mangsa sebagai Jamahari Awan, 52. 

Menurutnya, 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas bertindak selepas panggilan kecemasan 3.30 petang itu.

“Mangsa ditemui 300 meter dari kenderaannya.

“Anggota bomba membawa keluar mayatnya dengan pengusung, yang diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata jurucakap Bomba.

Kawasan sekitar 500 meter dari kenderaan itu juga diperiksa untuk memastikan tiada mangsa lain terbabit.

Operasi ditamatkan pada jam 5.15 petang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here