Wed, 3 Jul 2024

HEADLINES :


Zhi Jie meninggal dunia selepas rebah di gelanggang
Published on: Monday, July 01, 2024
By: Bernama
Text Size:

Zhi Jie meninggal dunia selepas rebah di gelanggang
Zhang telah diberi rawatan oleh doktor kejohanan dan pasukan perubatan di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital dalam tempoh beberapa minit dengan ambulans, menurut kenyataan itu.
JAKARTA: Pemain badminton perseorangan China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa perlawanan Kejohanan Badminton Remaja Asia 2024 di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad.

Insiden itu berlaku ketika Zhang, 24, sedang menentang lawan dari Jepun, Kazuma Kawamo dalam perlawanan peringkat kumpulan di Arena Sukan Among Rogo .

Badminton Asia dan Badminton Asia dan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan bersama memaklumkan Zhang meninggal dunia pada 11.20 malam waktu tempatan Ahad.

Zhang telah diberi rawatan oleh doktor kejohanan dan pasukan perubatan di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital dalam tempoh beberapa minit dengan ambulans, menurut kenyataan itu.

Badminton Asia, PBSI dan jawatankuasa penganjur mengucapkan takziah kepada ibu bapa Zhang, keluarga, dan Persatuan Badminton China.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here