Tue, 2 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Tiga pekerja ladang maut
Published on: Sunday, June 30, 2024
By: Mardinah Jikur dan Johan Aziz
Text Size:

Tiga pekerja ladang maut
TRAKTOR itu di lokasi kejadian.
BELURAN: Tiga pekerja ladang warga asing terbunuh sementara empat lagi cedera parah apabila traktor yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 10 kaki, di sebuah ladang sawit di Sapi Nangoh, di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Hasan Majid berkata, mangsa maut adalah seorang lelaki Indonesia berumur 28 tahun dan dua wanita Filipina, masing-masing 28 dan 42 tahun.

“Empat mangsa cedera parah adalah pemandu lelaki warga Indonesia berumur 29 tahun dan tiga wanita Filipina berumur 22, 26 dan 45 tahun.

“Kejadian berlaku semasa jentera itu melalui jalan curam dan pemandu dikatakan gagal mengawalnya, mengakibatkannya hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung,” katanya, menambah mangsa cedera dihantar ke Hospital Beluran. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, di KENINGAU, enam cedera apabila sebuah Proton Saga bertembung dengan sebuah lori 3-tan di Batu 11 Jalan Keningau-Sook, di sini, Jumaat.

Lima mangsa dari kereta itu dan seorang mangsa lelaki dari lori itu dihantar ke Hospital Keningau.

Balai Bomba dan Penyelamat Daerah menerima panggilan pada jam 7.43 malam dan sembilan anggota diketuai Komander Operasi Raizaain Ag Damit bergegas ke lokasi dengan jentera.

Turut hadir di tempat kejadian adalah anggota polis dan kakitangan Kementerian Kesihatan. Operasi ditamatkan pada jam 8.10 malam.

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here