Tue, 2 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Bom ikan: Jawatankuasa diaktif semula
Published on: Sunday, June 30, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Bom ikan: Jawatankuasa diaktif semula
Jabatan Perikanan Sabah akan mengaktifkan semula jawatankuasanya untuk memerangi aktiviti pengeboman ikan. Jabatan itu akan menguatkuasakan peraturan di bawah Akta Perikanan 1985 dalam menangani aktiviti itu. - gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja
Kota Kinabalu: Jabatan Perikanan Sabah akan mengaktifkan semula jawatankuasanya untuk memerangi aktiviti pengeboman ikan.

Pengarahnya Azhar Kassim berkata jabatan itu, di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri, akan mengaktifkan semula jawatankuasa itu pada bila-bila masa untuk menangani aktiviti pengeboman ikan di perairan Sabah.

“Kami serius dalam membanteras kegiatan pengeboman ikan. Kami baru sahaja menjalankan operasi bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata jabatan itu akan menguatkuasakan peraturan di bawah Akta Perikanan 1985 dalam menangani aktiviti itu. “Kami akui aktiviti sebegini masih berlaku, terutamanya di pantai timur negeri ini, tetapi ia masih terkawal.”  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here