Tue, 2 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pelepasan pertama 10,000 benih Siakap di Teluk Likas: Usaha kerajaan pulihara sumber perikanan pantai
Published on: Sunday, June 30, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Pelepasan pertama 10,000 benih Siakap di Teluk Likas: Usaha kerajaan pulihara sumber perikanan pantai
JEFFERY melepaskan anak ikan Siakap ke laut Teluk Likas pada Sabtu.
Kota Kinabalu: Sebanyak 10,000 benih (anak ikan) Siakap dilepaskan ke laut Teluk Likas, di sini pada Sabtu.

Pelepasan benih ikan itu dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Jeffrey Kitingan. Program tahunan yang dimulakan pada 2022 itu merupakan inisiatif kerajaan dalam pemuliharaan sumber perikanan pantai.

“Bagi memulakan program pelepasan tahun ini, perairan Bandaraya Kota Kinabalu dipilih sebagai lokasi pertama iaitu Teluk Likas dengan pelepasan benih Siakap.

Program pelepasan benih diharap dapat terus memulihara sumber perikanan perairan pantai dan sungai di Sabah.

“Selain itu, pelepasan benih ke perairan awam sentiasa dapat meningkatkan biojisim dan biodiversiti perikanan melalui pengayaan sumber dan pemuliharaan ekosistem. Program ini juga memberi impak dan manfaat kepada golongan nelayan dan golongan sasar yang terdiri daripada masyarakat luar bandar, pulau dan pedalaman bagi mendapatkan sumber protein murah dan menambah pendapatan melalui hasil tangkapan, dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sosioekonomi nelayan. 

“Saya berharap kaki pancing atau nelayan, jika anda nampak ikan yang masih kecil, tolong lepaskan. Biarkan ikan ini membesar dahulu supaya kita dapat manfaat,” kata Jeffrey.

Menurut Jeffrey, program itu juga bertujuan menambah stok ikan bagi memastikan bekalan protein daripada sumber ikan sentiasa mencukupi untuk rakyat Sabah.

“Program ini juga bagi memastikan industri perikanan terus memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negeri (KDN). Program ini dijadikan program tahunan dalam usaha meningkatkan stok ikan, khususnya di kawasan perairan pantai dan sungai.

“Pada 2022 projek dimulakan menerusi peruntukan RM100,000 untuk 9,000 anak ikan Baramundi Siakap, 5,000 benih Gamat dan kira-kira 2 tan metrik benih Siput Sudu dilepaskan di perairan awam. Kawasan terpilih ialah perairan Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran and Lahad Datu.

“Pada 2023, peruntukan RM400,000 disediakan untuk pelepasan benih siakap (30,000), benih udang harimau (1 juta), benih gamat (7,000) dan benih ketam bakau (1,200). Benih ini dilepaskan di lapan daerah perairan Kudat, Kota Marudu, Kota Betud, Tuaran, Kuala Penyu, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau,” katanya.

Pada tahun ini, beliau berkata program pelepasan benih diteruskan dengan peruntukan RM400,000 melibatkan pelepasan siakap (30,000 ekor), gamat (10,000), siput sudu (2,000 kilogram) dan udang harimau (1 juta).  Sebanyak 11 daerah peranginan pantai dipilih untuk pelepasan benih untuk tahun ini, katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here