Tue, 2 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pemancing maut dibaham buaya
Published on: Sunday, June 30, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Pemancing maut dibaham buaya
Usaha mencari dilakukan dan mangsa ditemui pada jam 2.30 petang oleh orang awam pada jarak 1.2 kilometer dari lokasi kejadian. Pada 23 Oktober tahun lalu, seorang lelaki maut dibaham buaya di sungai berdekatan Ladang Maisang Sime Darby Sukau. - gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja
KINABATANGAN: Seorang lelaki berusia 24 tahun maut selepas dibaham seekor buaya di Sungai Ladang Pontion Subok, Sukau pada petang Sabtu. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, PPgB Nurul Azlan Jamaluddin berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 1.32 petang. 

“Menurut pengadu, mangsa dilihat dibaham buaya ketika memancing  di tepi sungai. 

“Usaha mencari dilakukan dan mangsa ditemui pada jam 2.30 petang oleh orang awam pada jarak 1.2 kilometer dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan kepada media. 

Mangsa dikenali sebagai Firman Irwan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian.  

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.  

Pada 23 Oktober tahun lalu, seorang lelaki maut dibaham buaya di sungai berdekatan Ladang Maisang Sime Darby Sukau.

Serangan buaya dilaporkan meningkat kebelakangan ini, dikatakan berpunca daripada kehilangan habitat dan sumber makanan berkurang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here