Mon, 1 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Tayangan Sinakagon disambung minggu ketiga
Published on: Saturday, June 29, 2024
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:

Tayangan Sinakagon disambung minggu ketiga
ANTARA babak dalam filem Sinakagon.
FILEM berbahasa Dusun pertama, Sinakagon disambung penayangannya untuk minggu ketiga di 12 buah pawagam di seluruh Sabah.

Pengarah Timothy Stephen berkata, tayangan minggu ketiga bermula 27 Jun lalu dan berakhir 1 Julai ini.

Dia bersyukur dan berterima kasih atas sokongan diberikan.

“Sokongan semua terutamanya di Sabah membolehkan Sinakagon terus ditayangkan di 12 pawagam di sekitar Sabah.

“Walaupun jumlah itu makin berkurangan, dan keseluruhan panggung di Sarawak dan semenanjung telah menghentikan penayangan, namun saya tetap bersyukur dan berterima kasih atas sokongan diberikan,

“Bukan mudah untuk meneruskan penayangan di minggu ketiga kerana terdapat lambakan filem baru yang muncul dan kita kena bersaing secara sihat,” katanya kepada Hiburan Ekspres

Ketika kutipan kini mencecah RM182,000, sutradara kelahiran Tawau ini berharap naskhah itu mampu mengutip RM200,000 di minggu ketiga.

Sinakagon, yang diinspirasikan daripada legenda Huminodun, menelan kos pembikinan RM200,000 menerusi Dana Kandungan Digital (Filem Cereka) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Timothy Stephen

“Di minggu ketiga ini, kami menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap filem Sinakagon.

“Kami menghampiri kutipan itu, namun hari demi hari kutipan makin menurun dan tidak serancak sebelum ini. 

“Oleh itu, hanya dengan sokongan anda, kami dapat mencapai impian walaupun tidak sebesar mana.

“Namun ia sudah cukup untuk memberikan kami motivasi untuk meneruskan perjuangan kami dalam industri perfileman tempatan. 

“Tanpa anda semua, siapalah kami. Minggu ketiga inilah penentunya. Saya berharap ini bukanlah karya saya yang terakhir, tetapi hanya permulaan ke arah yang lebih baik,” katanya.

Sinakagon yang mempertaruhkan genre thriller supernatural, mengisahkan tentang Eve, seorang pemenang Unduk Ngadau negeri Sabah. 

Seorang perempuan dari Kayangan ingin menghapuskan pengaruh Huminodun cuba untuk membunuh Eve tetapi keturunan Huminodun hanya boleh dibunuh oleh Bobolian (bomoh).

Ia menampilkan barisan pelakon termasuk Ejin Dinting, Fiona Josepher, Lisa Christie, Esthaer Zaino, Malle Christian, Ronn Langad, Johnny Damianus, Larry Noh D Kanju, Wilton Hamdih, Yatie Hamzah, Jeffry Martin Poyee, dan Ad Vico, antara lain.

Filem terbitan Bamboo Sound Studio dan Stephen Q Films itu ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia bermula 13 Jun lalu.

[email protected]

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here