Mon, 1 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Makan Malam Amal Pink Ribbon Sandakan Oktober ini
Published on: Saturday, June 29, 2024
Text Size:

Makan Malam Amal Pink Ribbon Sandakan Oktober ini
Dana yang diperolehi nanti akan digunakan untuk memberi bantuan kebajikan kepada pesakit kanser payudara yang sangat memerlukan bantuan kewangan semasa menjalani rawatan selain juga bagi menjana dana persatuan.
Kota Kinabalu: Persatuan Sokongan Kanser Payudara Sandakan atau Sandakan Pink Ribbon akan menganjurkan majlis makan malam amal, Oktober depan.

Presidennya, Mary Alex Mansiw berkata majlis makan malam itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi memberi bantuan kebajikan kepada pesakit kanser payudara.

“Sempena menyambut Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia juga dikenali sebagai Pink Oktober, persatuan akan menganjurkan majlis makan malam amal pada 12 Oktober ini.

“Dana yang diperolehi nanti akan digunakan untuk memberi bantuan kebajikan kepada pesakit kanser payudara yang sangat memerlukan bantuan kewangan semasa menjalani rawatan selain juga bagi menjana dana persatuan.

“Selain itu, persatuan juga kini sedang giat melaksanakan pelbagai program antaranya program ceramah, forum, bengkel dan memberi tunjuk ajar kaedah yang betul untuk melakukan pemeriksaan sendiri,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Menurut Mary, kunjungan bertujuan untuk menjemput Toh Puan Norlidah untuk hadir sekaligus merasmikan majlis makan malam amal berkenaan.

Turut hadir, Naib-naib Presiden persatuan, Datin Winnie Khoo dan Kasmah Wahab, Setiausaha, Hazizah Mohamad dan Bendahari, Habibah Abdullah. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here