Tue, 2 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pasar raya simpan daging babi, makanan halal dalam satu bilik sama diserbu
Published on: Saturday, June 29, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Pasar raya simpan daging babi, makanan halal dalam satu bilik sama diserbu
KAKITANGAN KPDN Sandakan ketika melakukan serbuan.
SANDAKAN: Sebuah pasar raya di sini diserbu pada Jumaat selepas didapati menyimpan daging babi bersama makanan produk halal di dalam satu bilik sejuk yang sama. 

Serbuan kira-kira jam 10.50 pagi itu dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DOVS) Sandakan.

Ketua penguatkuasa KPDN Sandakan, Azdy Zukkry John berkata hasil pemeriksaan mendapati bilik sejuk pasar raya terbabit menyimpan produk halal yang bercampur dengan produk tidak halal.

Susulan itu, 1,016.88kg produk sejuk beku yang terdiri daripada nugget ayam, keju, mentega, buah-buahan dan daging babi disita dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM10,686.80. 

Azdy berkata, serbuan itu dilakukan hasil perkongsian maklumat daripada DOVS Sandakan.

“Kes ini akan disiasat selanjutnya di bawah Perintah 3, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. 

“KPDN akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan terhadap premis-premis yang menjual produk sejuk beku di Sandakan bagi mempastikan pematuhan undang-undang oleh peniaga,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here