Tue, 2 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Buat majlis akad nikah di hospital
Published on: Saturday, June 29, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Buat majlis akad nikah di hospital
MAJLIS akad nikah Amir dan Siti dihadiri keluarga, rakan terdekat dan kakitangan HDOK.
SANDAKAN: Sepasang pengantin baru yang masing-masing masih dirawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini mengadakan majlis pernikahan di Wad Ortopedik Lelaki pada Jumaat.

Kenangan indah itu turut dikongsi menerusi laman Facebook rasmi HDOK dan mendapat respons positif daripada pengikut laman itu yang mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai.

Majlis akad nikah Alif Ikram dan Siti Nadhirah dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat dan juga kakitangan hospital.

Difahamkan pasangan itu memilih untuk bernikah di wad tersebut kerana majlis kenduri perkahwinan mereka dijadualkan hari ini (Sabtu) di Beluran di mana semua persiapan majlis itu telah disediakan.

Bagi memastikan majlis keramaian sempena perkahwinan mereka di Beluran terus dijalankan walaupun tanpa kehadiran mereka, pasangan itu memilih untuk menyempurnakan majlis akad nikah mereka di wad.

Pasangan itu belum dapat keluar dari wad kerana masih dalam proses menerima rawatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here