Tue, 2 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Dua tahanan lari dari KPDN Semporna ditangkap semula
Published on: Saturday, June 29, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:

Dua tahanan lari dari KPDN Semporna ditangkap semula
SALAH seorang daripada dua suspek yang ditahan semula.
SEMPORNA: Dua tahanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang melarikan diri dari pejabat KPDN Semporna, ditangkap semula di dua lokasi berasingan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, Ibu Pejabat Polis Semporna menerima panggilan telefon pada 1.07 petang Khamis memaklumkan dua tahanan KPDN telah melarikan diri.

Mohd Farhan berkata polis segera mengambil langkah awal dengan melancarkan Op Tutup dan Op Kesan.

“Bertindak atas maklumat awam bahawa salah seorang tahanan itu berada dalam semak berhampiran Dewan Masyarakat Semporna, polis pergi memeriksa kawasan itu.

“Di situ polis menemui suspek pertama, seorang warga asing berusia 45 tahun yang sedang tidur dalam keadaan tangan kanan masih bergari,” katanya pada Jumaat.

Menurut Mohd Farhan, ketika ditahan suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri.

Katanya, pemeriksaan di kawasan berhampiran turut menemui sepasang seluar lokap polis berwarna ungu.

“Pada hari sama, kira-kira jam 4 petang, bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis pergi ke sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Mesra Sri Jaya.

“Mereka menemui suspek kedua, seorang lelaki tempatan berusia 30-an dan seluar ungu lokap polis,” katanya.

Mohd Farhan berkata, ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati lelaki tempatan itu positif dadah jenis syabu.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Farhan mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang ramai yang membawa kepada penahanan semula kedua-dua suspek dalam tempoh kurang tiga jam.

Tambahnya, mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi Insp Adham Ramli di 011-10145004 atau 089-782020.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here