Mon, 1 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Tiga premis Anjung Selera diarah tutup
Published on: Saturday, June 29, 2024
By: Nora Ahmad
Text Size:

Tiga premis Anjung Selera diarah tutup
PENGUATKUASA PKK Kota Kinabalu membuat pemeriksaan di dalam sebuah premis.
Kota Kinabalu: Tiga premis yang didapati tidak bersih diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) selepas operasi penguatkuasaan Akta Makanan 1983 yang dilaksanakan di Anjung Selera, Likas, pada malam Khamis.

Pengarahnya, Datuk Dr Asits Sanna berkata, satu operasi diadakan oleh penguatkuasa Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Kota Kinabalu untuk memastikan semua premis makanan di kawasan tersebut dalam keadaan bersih dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya, operasi itu membabitkan pemeriksaan tempat penyediaan dan penyimpanan makanan, kebersihan pengendali makanan termasuk status vaksinasi anti-tifoid, rekod menghadiri kursus pengendalian makanan, pemeriksaan Kesihatan dan pakaian semasa mengendalikan makanan. 

“Hasil operasi ini, sebanyak 14 premis makanan diperiksa dan sebanyak empat notis kompaun di bawah Seksyen 32B dikeluarkan.

“Tiga premis diarahkan tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan notis kompaun adalah disebabkan kegagalan memastikan premis berada dalam keadaan yang bersih.

“Selain itu, pengendali makanan juga tidak mempunyai kursus pengendalian makanan atau suntikan anti-tifoid,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Dr Asits turut menasihatkan semua pengendali makanan sentiasa mengamalkan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada orang ramai. 

“Orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan isu keselamatan makanan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here