Tue, 2 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Lebih 100 bakal sertai Golf Domestik Kuala Penyu
Published on: Saturday, June 29, 2024
By: GL Oh
Text Size:

Lebih 100 bakal sertai Golf Domestik Kuala Penyu
WENCES (duduk tengah) bersama ahli KPGCC pada mesyuarat tersebut.
Kota Kinabalu: Lebih 100 pemain tempatan dijangka menyertai kejohanan Golf Domestik Kuala Penyu yang julung kali diadakan pada 26 September dengan Nexus Golf Resort Karambunai dan Dalit Bay Golf & Country Club menjadi dua venue yang dicadangkan.

Presiden Kuala Penyu Golf & Coutry Club (KPGCC) Tan Sri Wences Angang berkata kejohanan yang turut disertai pemain jemputan itu akan menjadi medan kerjasama antara kelab-kelab golf amatur di Sabah.

“Inisiatif kami lebih tertumpu kepada aktiviti tahunan di mana lebih 60 pemain telah pun mendaftar sebagai ahli di KPGCC sejak awal tahun ini.

“Selain itu, kami juga berharap kutipan daripada kejohanan ini sedikit sebanyak dapat membantu menambah tabungan kelab,” katanya pada Khamis.

Beliau juga berkata hadiah menarik termasuk untuk hole-in-one akan menjadi rebutan.

Sementara itu, beliau berkata cadangan membangunkan padang golf pertama di Kuala Penyu mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar bagi merancakkan sektor pelancongan sukan.

“Kami baru mendapat kelulusan kerajaan untuk tapak padang golf seluas 107 ekar di Bukit Nuri dekat Menumbok dan ia akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Setakat ini, dua pelabur tempatan menyatakan minat untuk membangunkan padang golf berstatus 18 lubang itu. Sasaran awal kami ialah membina rumah kelab dan ‘driving range’ terlebih dahulu.

“Lokasinya agak sesuai memandangkan ia terletak di pantai berhadapan Pulau Labuan dan akan dibina bersebelahan hotel lima bintang Club Med yang kini dalam pembinaan.

“Ia dijangka mengubah landskap Kuala Penyu dengan promosi besar bagi pelancongan golf di rantau Asia Pasifik,” tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here