Mon, 1 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Juruterbang sukan luncur udara Sabah menang gangsa di Mongolia
Published on: Saturday, June 29, 2024
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:

Juruterbang sukan luncur udara Sabah menang gangsa di Mongolia
ASMAWATI (ketiga dari kanan) dan Huznain (kedua dari kanan) ketika menaiki podium untuk menerima pingat bagi kategori berpasukan.
Kota Kinabalu: Asmawati Ahmad, pengajar di Kelab Luncur Udara Kinabalu, memenangi pingat gangsa dalam kategori ketepatan mendarat wanita kejohanan sukan luncur udara (paragliding) Piala Ulaan Bataar 2024 yang diadakan di Mongolia. 

Juruterbang luncur udara kelahiran Kota Kinabalu ini turut mendapat tempat ketiga dalam kategori berpasukan bersama suaminya, Haznain Ngamil, yang juga Naib Presiden kelab sama.

Asmawati dan Naznain merupakan satu-satunya wakil Malaysia dalam kejohanan yang berlangsung dari 21 hingga 23 Jun di ibu negara Mongolia itu.

Pertandingan itu menyaksikan penyertaan 40 juruterbang lelaki dan wanita dari 10 negara, termasuk tuan rumah, China, Korea Selatan, Perancis, India dan Vietnam.

Juruterbang dari China dan Mongolia, masing-masing, memenangi pingat emas dan perak dalam kategori wanita manakala kategori berpasukan pula dikuasai pasukan China untuk dua tempat teratas.

Memberitahu Sukan Ekspres, Haznain berkata kemenangan itu menunjukkan atlet Malaysia juga mampu menguasai sukan lasak itu.

“Berjaya menyaingi juruterbang dari China yang ketika ini berada di kedudukan teratas dalam senarai ranking paragliding dunia bukan sesuatu yang mudah.

“Ini menunjukkan Malaysia ada ruang untuk lebih maju dalam sukan ini,” katanya.

Piala Ulaan Bataar 2024 itu dianjurkan oleh Persatuan Geluncur Angin dan Luncur Udara Mongolia.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here