Tue, 2 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

NTW tingkat kemahiran tenaga kerja di Sabah
Published on: Saturday, June 29, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

NTW tingkat kemahiran tenaga kerja di Sabah
“Dengan adanya pengenalan terhadap program latihan yang komprehensif dan inklusif ditawarkan di NTW, kita mampu melahirkan generasi pekerja yang bukan sahaja mahir tetapi juga berdaya saing di peringkat global," kata Hajiji. 
Kota Kinabalu: Pelaksanaan Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) seiring dengan komitmen kerajaan negeri untuk memperkasa dan memperkukuh pusat latihan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, ia bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja separa mahir, mahir dan berpengetahuan bagi memenuhi keperluan pelabur di negeri ini.

“Justeru, untuk mencapai matlamat itu, kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan HRD Corp boleh dilaksanakan dalam beberapa cara untuk memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat,” katanya ketika merasmikan Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 Peringkat Negeri Sabah di Kompleks Jabatan Penjara Negeri Sabah, di sini, Jumaat.

Teks ucapannya disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Arif.

Hajiji berkata, NTW bertujuan memberi kemudahan latihan kemahiran kepada rakyat negara ini.

“Antaranya, memperkenalkan lebih banyak kursus latihan yang relevan dengan keperluan industri semasa dan masa depan di negeri ini. Selain itu, membangunkan program latihan disesuaikan untuk pekerja separa mahir dan program ini boleh merangkumi latihan praktikal di tempat kerja. 

“Kita juga boleh memperluaskan akses kepada latihan melalui platform pembelajaran dalam talian. Ini akan membolehkan lebih ramai rakyat, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, untuk mendapat akses kepada peluang latihan yang berkualiti tanpa perlu meninggalkan kawasan mereka.

“Oleh itu, bagi merealisasikan semua inisiatif ini, kerjasama rapat dengan Kesuma dan HRD Corp sangat penting. Saya berharap NTW dapat dilaksanakan setiap tahun manakala latihan atau program kemahiran terus diperkukuhkan lagi,” katanya. 

Hajiji berkata, sokongan Kesuma dan HRD Corp serta pihak yang berkaitan, kempen kesedaran yang lebih meluas untuk menggalakkan lebih ramai rakyat mengambil bahagian dalam program latihan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Kerajaan Sabah komited dalam usaha membudayakan pembelajaran sepanjang hayat sesuai dengan objektif Minggu Latihan Kebangsaan.

“Saya amat berbangga dengan inisiatif ini kerana setiap lapisan masyarakat dapat diberi peluang menambah pengetahuan, khususnya dengan kerjasama Jabatan Penjara Negeri Sabah,” katanya.

Sebanyak 450 program percuma ditawarkan di Sabah sempena NTW 2024 seperti sesi latihan, bengkel, dan seminar khusus. 

“Dengan adanya pengenalan terhadap program latihan yang komprehensif dan inklusif ditawarkan di NTW, kita mampu melahirkan generasi pekerja yang bukan sahaja mahir tetapi juga berdaya saing di peringkat global.” 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here