Mon, 1 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pasar raya Sandakan diserbu simpan daging babi dan produk halal dalam bilik sejuk sama
Published on: Friday, June 28, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Pasar raya Sandakan diserbu simpan daging babi dan produk halal dalam bilik sejuk sama
Pegawai kementerian perdagangan menunjukkan daging babi yang disimpan bersama produk halal dalam bilik sejuk sebuah pasar raya di Sandakan. (Gambar KPDN Sandakan)
SANDAKAN: Sebuah pasar raya di daerah ini diserbu pada Jumaat selepas didapati menyimpan daging babi bersama makanan produk halal di dalam satu bilik sejuk yang sama. 

Serbuan tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DOVS)Cawangan Sandakan kira-kira 10.50pagi. 

Ketua penguatkuasa KPDN Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata semasa pemeriksaan tersebut, pihak mereka telah memeriksa sebuah bilik sejuk  yang disyaki menyimpan produk halal bersama dengan daging babi. 

“Hasil pemeriksaan kita mendapati bilik sejuk (“cold room”) pasar raya terbabit ada menyimpan produk halal yang bercampur dengan produk tidak halal yang terdiri daripada nugget ayam, keju, mentega, buah-buahan dan daging babi,” katanya dalam kenyataan kepada media, kelmarin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here