Mon, 1 Jul 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Jawatankuasa khas tangani isu Pala’u di Sabah
Published on: Friday, June 28, 2024
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

Jawatankuasa khas tangani isu Pala’u di Sabah
Lajuliadi berkata, selain PPMI turut dibantu Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) dan Pusat Pembangunan Minda Insan.
KUNAK: Pertubuhan Pembangunan Minda Insan (PPMI) Sabah telah membentuk satu jawatankuasa khas bagi membantu kerajaan menangani isu-isu membabitkan etnik Pala’u atau Bajau Laut, susulan operasi perobohan koloni setinggan mereka di kawasan Taman yang diwartakan serta kawasan keselamatan.

Setiausaha Agung PPMI Sabah, Lajuliadi Lajahidi berkata jawatankuasa khas atau “taskforce” itu boleh dilaksanakan melalui tiga fasa iaitu fasa jangka pendek (3 - 6 bulan), jangka sederhana (6 - 12 bulan) dan jangka panjang (13 - 60 bulan) atau bersamaan tempoh dari taun 2024 hingga 2030.

“Ini turut merangkumi kajian lapangan, pengumpulan data (pendataan), pemetaan solusi, dokumentasi, penempatan, intervensi pendidikan asas, akses

kemudahan/bantuan kesihatan, pendidikan lanjutan dan kemahiran, ekonomi kerjaya, dan lebih penting lagi, berkaitan alam sekitar serta budaya,” katanya.

Lajuliadi berkata, selain PPMI turut dibantu Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) dan Pusat Pembangunan Minda Insan.

Beliau mendakwa, isu-isu semasa membabitkan etnik Pala’u ini memerlukan kerjasama baik daripada NGO dan pihak kerajaan, bagi menangkis sentimen politik melampau yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kami juga mengadakan pertemuan bersama dengan pihak berkuasa tempatan di Lahad Datu bagi mengemukakan cadangan jawatankuasa khas ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here