ANGGOTA bomba mengeluarkan lelaki itu dari keretanya.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 30 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah Perodua Myvi berkunci di tempat letak kereta bawah tanah City Mall, di sini, Khamis.
Empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan MERS999 pada 12.35 tengah hari.
ADVERTISEMENT
Menurut Pusat Operasi BBP Sabah, pasukan itu tiba dalam masa sembilan minit dan mengeluarkan mangsa menggunakan alat penyelamat khas.
Lelaki itu diberi rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) Bomba, yang kemudiannya menghantarnya ke Hospital Queen Elizabeth 2.