Sun, 30 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Guru lapor polis video tular palsu
Published on: Thursday, June 27, 2024
Text Size:

Guru lapor polis video tular palsu
ACP Kasim menjelaskan bahawa mereka telah menerima laporan daripada seorang guru yang menyangkal dakwaan yang dibuat dalam video tular itu.
Kota Kinabalu: Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial.

Beliau mengulas video tular palsu yang mendakwa seorang pelajar telah dipukul sehingga tidak sedarkan diri.

“Kami menggesa orang ramai supaya mengelak daripada berkongsi video atau membuat kenyataan yang boleh mencetuskan kebimbangan orang ramai, tanpa terlebih dahulu mengesahkan maklumat tersebut dengan pihak berwajib,” kata Kasim dalam satu kenyataan, di sini, Rabu.

Beliau menjelaskan bahawa mereka telah menerima laporan daripada seorang guru yang menyangkal dakwaan yang dibuat dalam video tular itu.

Menurut laporan itu, kira-kira jam 6.30 pagi Rabu, guru itu dimaklumkan oleh orang awam mengenai seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga dilaporkan terbaring di tepi jalan berhampiran sebuah sekolah di Tebobon.

Setelah diperiksa, guru tersebut mendapati tiada sebarang kecederaan pada pelajar itu.

Kasim berkata, polis meneruskan siasatan berhubung kejadian itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here