Sat, 29 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Kastam rampas minuman keras bernilai RM350,000
Published on: Wednesday, June 26, 2024
By: Nora Ahmad
Text Size:

Kastam rampas minuman keras bernilai RM350,000
MOHD Nasir (dua dari kanan) menunjukkan minuman keras yang dirampas.
Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya mematahkan penyeludupan minuman keras dari Labuan ke Kota Kinabalu menerusi satu serbuan di Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu, Kampung Novoung, Papar, pada 12 Jun.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, minuman keras bernilai RM350,000 termasuk cukai ditemui di bawah timbunan tong biru yang dibawa dalam sebuah lori dan seorang lelaki berusia 43 tahun bertindak sebagai pemandu turut ditahan.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, serbuan itu berjaya dilakukan selepas menerima maklumat daripada Cawangan Risikan, Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu. 

“Pasukan serbuan telah menahan dan memeriksa sebuah lori yang membawa muatan 30 tong biru yang disusun di permukaan atas muatan lori.

“Hasil pemeriksaan lanjut muatan lori tersebut menemui 2,500 karton minuman keras berlabel duti tidak berbayar (MDNP) pelbagai jenama yang disusun dan diletakkan di bawah timbunan tong biru tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Kastam di sini, Isnin.

Katanya lagi, hasil siasatan mendapati minuman keras tersebut dibawa dari Labuan ke Kota Kinabalu dengan menggunakan lori tersebut.

“Modus operandi adalah dengan menyembunyikan barang tidak berkastam iaitu minuman keras dengan mengggunakan tong biru sebagai alat untuk mengaburi mata pihak berkuasa bagi tujuan penyeludupan.

“Susulan itu, jumlah keseluruhan rampasan termasuk minuman keras berserta cukai dan juga lori adalah sebanyak RM421,223,” katanya.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana kesalahan mengangkut barang tidak berkastam bagi mengelak daripada membayar cukai.

“Jika sabit kesalahan, kesalahan pertama memperuntukkan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000, mengikut mana-mana yang lebih besar dan tidak lebih dari 20 kali ganda amaun duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana yang lebih besar atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidaklebih daripada lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Mohd Nasir berkata, susulan daripada tangkapan yang dilakukan pihak JKDM, orang ramai turut digesa membantu memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain aktiviti mencurigakan.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ia turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Orang awam yang ingin memberikan kerjasama boleh menyalurkan maklumat berkaitan dengan menghubungi talian bebas tol kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam yang terdekat di semua negeri.

“Pihak kastam juga memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here