Sun, 30 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Clarice kembali dengan Rukut-Rukut
Published on: Wednesday, June 26, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:

Clarice kembali dengan Rukut-Rukut
Clarice yang juga aktif dalam sukan badminton, berkata album itu terhasil daripada cetusan idea apabila ada rakan artis yang belum menghasilkan lagu.
PENYANYI popular Sabah, Clarice John Matha kembali dengan album terbaharu, Rukut-Rukut.

Menerusi Rukut-Rukut, penyanyi yang popular dengan lagu Adaa, Ama Om Apa dan Sumandak Kinabalu ini turut menampilkan barisan penyanyi Sabah lain, termasuk Marlleynne Fane, Clarice Sipanul, Suzan Sabli, Manja Osman, Iziana Midung, Francis Au, Fred Joane dan mendiang Feraddy O Okuling.

Clarice berkata album Rukut-Rukut yang bermaksud ‘sama-sama’ dikeluarkan syarikatnya sendiri iaitu Mathaz Entertainment & Event Management dan direkodkan di Ben Studio milik komposer terkenal Sabah, Ben Simon Bukag.

“Penghasilan album Rukut-Rukut ini mengetengahkan tiga bahasa iaitu Murut, Dusun dan bahasa Melayu, sementara genre lagu pula pelbagai antaranya balada, sumazau, samba, dangdut dan remix.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here