Sun, 30 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Banjir: 99 mangsa dipindah di Membakut
Published on: Tuesday, June 25, 2024
By: Ahmad Apong, Azmie Lim
Text Size:

Banjir: 99 mangsa dipindah di Membakut
PEMANDANGAN udara keadaan banjir di Membakut (kiri) dan banjir kilat di Kg Manau, Lahad Datu.
MEMBAKUT: Sebanyak 40 keluarga membabitkan 99 mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon pada Ahad, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muhammad Hasbulllah Nenggok.

Jumlah itu termasuk 19 lelaki, 36 wanita, 19 kanak-kanak lelaki, 21 kanak-kanak perempuan, selain tiga bayi lelaki dan seorang bayi perampuan.

Antara kampung terbabit ialah Kg Kayai, Kg Mandangin, Kg Bambangan, Kg Baitam, Kg Limapayau dan Kg Jambatan Baru.

Menurut beliau, pihaknya menerima arahan daripada Polis DiRaja Malaysia  melalui panggilan telefon pada 6.09 petang, dan mengerahkan anggotanya dengan menyediakan bot penyelamat ke lokasi terbabit.

“Langkah pertama adalah untuk menyelamatkan 14 keluarga dari kawasan bencana dan mengangkut mereka menggunakan lori penyelamat,” kata Muhammad Hasbullah.

Mangsa banjir dipindahkan ke PPS Selagon di mana mereka disambut oleh anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan Malaysia, Rela dan Angkatan Pertahanan Awam(APM), katanya.

Pada masa yang sama, Muhammad Hasbullah menasihatkan orang ramai, khususnya mangsa banjir, untuk menyimpan dokumen penting di tempat selamat dan tidak mudah basah semasa banjir.

“Jika ada arahan untuk berpindah, sila ikut arahan pasukan penyelamat.

“Sekiranya mereka menolak ia hanya akan menyusahkan diri sendiri kerana pasukan penyelamat akan mengambil masa untuk kembali menyelamatkan mereka memandangkan ramai lagi yang hendak dipindahkan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan penduduk yang belum dan sedang dipindahkan agar memastikan anak-anak mereka tidak bermain air banjir kerana bimbang terjadi perkara di luar jangka.

Katanya, biasanya ular dan binatang berbisa akan berkeliaran dan berharap penduduk lebih berjaga-jaga untuk memastikan rumah mereka tidak dimasuki haiwan ini.

Di LAHAD DATU, empat kampung dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan pada Ahad.

Kampung terjejas ialah Kg Manau, Kg Sepagaya Hulu, Kg Sepagaya Hilir dan Kg Simpang Tamoi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berikutan banjir kilat di Kg Manau.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi lain turun padang memantau keadaan. Beberapa kawasan banjir lain turut dipantau.

“Bagaimanapun, tiada arahan pemindahan dikeluarkan kepada penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sumsoa turut menasihatkan penduduk kampung supaya sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan memaklumkan kepada pihak berkuasa segera jika kampung mereka dilanda banjir.

Hujan lebat yang turun dari kira-kira jam 11 pagi hingga kira-kira jam 9 malam itu juga menyebabkan banjir kilat di Batu 1 Jalan Segama, Taman Aman III dan Kg Betik.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here