Sat, 29 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Telur ayam: KPDN tingkat pemantauan di Sandakan
Published on: Tuesday, June 25, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Telur ayam: KPDN tingkat pemantauan di Sandakan
PEMERIKSAAN telur ayam di sebuah pasaraya.
SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan bekalan dan harga telur ayam di peringkat pemborong dan peruncit di daerah ini. 

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sandakan, Azdy Zukkry John berkata ini berikutan penurunan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara sebanyak tiga sen sebiji, berkuatkuasa 17 Jun.

“Sejak penurunan harga runcit telur ayam gred A, B dan C, KPDN Sandakan telah mengambil tindakan segera dengan melakukan pemeriksaan dan pemantauan di beberapa pembekal utama telur ayam gred A, B dan C dan juga di pasar raya tumpuan utama pengguna, khususnya di daerah Sandakan.

“Pemeriksaan di tiga pembekal utama telur ayam gred A, B dan C mendapati mereka membuat penghantaran bekalan telur setiap hari kecuali Ahad ke pasar raya utama di Sandakan.

“Penghantaran telur ayam gred A, B dan C ini termasuk lain-lain gred telur ayam yang tidak dikawal oleh Kerajaan, dan penghantaran dijalankan sama ada pada waktu pagi atau petang pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. 

Azdy berkata, berdasarkan pemeriksaan pada Isnin, jumlah keseluruhan stok semasa telur ayam gred A, B dan C di tiga pembekal utama Sandakan adalah sebanyak 63,750 biji. 

“Manakala jumlah keseluruhan telur ayam gred A, B dan C yang dihantar dari tiga pembekal utama telur ayam ke pasar raya utama di sekitar daerah Sandakan adalah sebanyak 54,000 biji atau 84.71 peratus. 

“Baki telur ayam gred A, B dan C iaitu sebanyak 9,750 biji atau 15.29 peratus lagi sedang dalam proses penghantaran ke premis-premis perniagaan di sekitar daerah ini. 

“Maklumat ini menunjukkan bahawa bekalan telur ayam di Sandakan tidak mengalami masalah dan masih mencukupi untuk kegunaan isi rumah, terutamanya selepas penurunan harga yang berkuatkuasa pada 17 Jun lalu,” ulas Azdy.

Namun begitu, beliau berkata, KPDN Sandakan akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan setiap hari di setiap rantaian pengedaran, termasuk di peringkat ladang, pemborong dan peruncit, bagi memastikan tiada gangguan bekalan, terutamanya telur ayam gred A, B dan C ini.

Justeru, KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menganggu bekalan serta memanipulasi harga telur ayam yang dikawal ini.

Pengguna boleh menghubungi pejabat KPDN Sandakan pada talian 089-668107 pada waktu pejabat sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan bekalan telur ayam gred A, B dan C di daerah ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here