Sat, 29 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Penduduk lega, jalan rosak dinaik taraf
Published on: Tuesday, June 25, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

Penduduk lega, jalan rosak dinaik taraf
KERJA-kerja naik taraf konkrit laluan itu sedang giat dilaksanakan.
BEAUFORT: Kesukaran penduduk untuk urusan pengebumian jenazah di kuburan di Kampung Tamalang Along Tiga susulan keadaan jalan rosak sejak sekian lama berakhir dengan pelaksanaan naik taraf di laluan itu.

Wakil rakyat Lumadan, Datuk Ruslan Muharam berkata, kerja-kerja naik taraf dengan konkrit di laluan sejauh 400 meter itu telah bermula dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.

“Projek ini bermula dengan kos RM300,000 di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan dijangka siap dalam tempoh seminggu bergantung dengan keadaan cuaca.

“Jalan ini adalah laluan utama ke perkuburan bukan Islam di kampung ini dan sebelumnya agak sukar bagi urusan pengebumian ekoran keadaan laluan ini yang rosak sejak sekian lama.

“Justeru, sebaik siap kelak laluan ini akan mempermudahkan sebarang urusan pengebumian,” katanya ketika ditemui semasa melawat projek itu di Kampung Tamalang Along Tiga, di sini, Ahad.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, pelaksanaan projek itu akan memanfaatkan kira-kira 800 penduduk di kawasan itu.

Katanya, jalan berkenaan itu juga adalah laluan utama bagi penduduk setempat untuk ke kebun masing-masing, sekaligus memudahkan mereka membawa keluar hasil pertanian.

“Sebelumnya, kita juga telah menarik taraf beberapa laluan utama ke tanah perkuburan Islam seperti di Kampung Bukau tahun 2023 dan Pulai Manang pada tahun 2022 lalu.

“Ini adalah antara perancangan saya membangunkan kemudahan awam, sekaligus bersikap adil kepada rakyat tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan ideologi,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here