Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Raja Maghribi arah bantuan perubatan kemanusiaan untuk Gaza
Published on: Tuesday, June 25, 2024
By: Bernama
Text Size:

Raja Maghribi arah bantuan perubatan kemanusiaan untuk Gaza
RABAT: Raja Maghribi Mohammed VI telah mengarahkan pelaksanaan operasi bantuan perubatan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza, lapor agensi berita Maghreb Arabe Press (MAP) yang memetik Kementerian Luar Negeri, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi.

Bantuan itu terdiri daripada 40 tan produk perubatan, termasuk peralatan untuk merawat kecederaan luka terbakar serta kecemasan pembedahan dan traumatologi, serta ubat-ubatan penting untuk dewasa dan kanak-kanak, menurut kenyataan kementerian.

Raja telah bersetuju untuk menanggung sebahagian besar daripada bantuan itu daripada dana peribadi baginda.

Bantuan Maghribi akan dihantar melalui laluan darat yang sama digunakan untuk operasi bantuan makanan yang dilaksanakan atas arahan baginda semasa Ramadan lepas.

Operasi kemanusiaan berskala besar ini mencerminkan komitmen dan keprihatinan baginda terhadap perjuangan Palestin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here