Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Lagi tragedi pelancong China lemas
Published on: Monday, June 24, 2024
Text Size:

Lagi tragedi pelancong China lemas
TANGKAP layar video insiden itu menunjukkan kakitangan Mamutik memberikan bantuan CPR.
Kota Kinabalu: Seorang pelancong warga China berusia 25 tahun lemas ketika menyelam di sekitar Pulau Mamutik di sini pukul 2.20 petang Sabtu, tragedi kedua dalam tiga bulan.

Mangsa adalah antara tujuh orang dalam satu kumpulan termasuk seorang jurulatih menyelam. Difahamkan, semua orang telah kembali ke pantai kecuali mangsa.

Menurut Ketua Polis Bandaraya ACP Kasim Muda, dua kakitangan kemudiannya menemui mangsa dan terus memberikan pertolongan CPR.

“Mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth dan disahkan meninggal dunia jam 4.10 petang. Siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah kerana mangsa dipercayai lemas.

“Bagaimanapun, bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pada Mac lalu, seorang lelaki China berusia 51 tahun turut lemas ketika aktiviti snorkeling di Pulau Sapi.

Terdapat lima kematian dan 19 kecederaan membabitkan pelancong China pada 2022 dan 2023.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here