Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Jangkitan AGE meningkat? Tular surat pekeliling mengenai trend peningkatan kes di Penampang
Published on: Monday, June 24, 2024
Text Size:

Jangkitan AGE meningkat? Tular surat pekeliling mengenai trend peningkatan kes di Penampang
Dr Asits berkata, pejabat kesihatan daerah Tenom kali pertama mengenal pasti peningkatan kes gastroenteritis di daerah ini pada 4 Jun lalu.
PENAMPANG: Satu surat pekeliling dengan kepala surat Pejabat Kesihatan Penampang bertarikh 21 Jun, tular di media sosial menyatakan trend peningkatan Acute Gastroentiritis (AGE) di daerah ini, selepas Tawau dan Tenom.

Menurut surat itu, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) Pejabat Kesihatan Penampang (PKK) memohon kerjasama daripada Klinik Kesihatan Penampang dan semua klinik swasta di daerah ini untuk melaporkan kes AGE kepada mereka melalui pautan google atau imbasan kod QR dalam lampiran yang disertakan dalam surat tersebut.

Surat itu, yang disyaki ditujukan untuk kakitangan sahaja, juga meggesa supaya meningkatkan kesedaran pendidikan kesihatan dengan menitikberatkan kebersihan tangan dan memasak air sebelum diminum terutamanya daripada sumber air yang ditapis, sama ada dari dispenser air yang menjual air atau dispenser air yang dipasang di rumah/ kediaman.

Jabatan Kesihatan Sabah masih belum mengesahkan kesahihan surat yang tular itu.

Jangkitan rotavirus adalah jangkitan usus pada kanak-kanak, dengan gejala seperti cirit-birit, muntah dan demam, yang boleh menyebabkan dehidrasi.

Jika rawatan segera tidak diberikan, ia boleh membawa maut.

Langkah pencegahan termasuk menjaga kebersihan diri, kerap mencuci tangan, memasak makanan dengan betul dan teliti, menggunakan air yang selamat dan bersih, minum air masak dan mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala cirit-birit. 

Pada Sabtu (22 Jun), RTM melaporkan Jabatan itu mengesahkan seramai 82 penduduk di Tawau telah dijangkiti AGE sejak 18 Jun lalu.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr Shameer Khan Sulaiman dipetik sebagai berkata, semua pesakit menerima rawatan pesakit luar dan punca peningkatan kes masih dalam siasatan.

Beliau berkata antara punca yang mungkin ialah kebocoran paip air di kawasan Jalan Bunga Raya yang berlaku pada 15 Jun dan tindakan membaiki kerosakan itu telah diambil.

Dr Shameer berkata mereka sedang menyiasat punca sebenar dan akan mengambil sampel daripada air terawat, sampel yang diambil dari rumah ke rumah, premis makanan dan kilang ais.

Minggu lepas, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Asits Sanna berkata mereka mengesyaki air tercemar membawa kepada siri kes AGE di daerah Tenom.

Beliau berkata 191 penduduk di daerah Tenom telah jatuh sakit, dengan 37 dimasukkan ke hospital.

Dr Asits berkata, pejabat kesihatan daerah Tenom kali pertama mengenal pasti peningkatan kes gastroenteritis di daerah ini pada 4 Jun lalu.

“Sampel telah dikumpul untuk mengenal pasti punca wabak itu.

“Setakat ini, 19 sampel klinikal dikumpul daripada mereka yang dimasukkan ke Hospital Tenom, dengan 16 diuji positif rotavirus,” kata Dr Asits. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here