Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

KYS turut jayakan MCS Perbendaharaan Malaysia Sabah
Published on: Monday, June 24, 2024
Text Size:

KYS turut jayakan MCS Perbendaharaan Malaysia Sabah
PENGURUS Zon Pedalaman Utara, Keningau, Justin Gilob menerima cenderamata daripada Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah, Norali Ag. Damit
TAMBUNAN: Rakyat harus memilih kepimpinan yang boleh menyelesaikan masalah terutama keperluan asas seperti air dan elektrik serta jalan raya.

Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepatutnya menggunakan dana Sukuk RM900 juta untuk mengatasi masalah asas dan bukannya penstrukturan semula yang melibatkan tiga syarikat milik kerajaan.

“Keuntungan dan kepentingan syarikat menjadi keutamaan bukan kepentingan rakyat. 

“Kita menjadi kerajaan bukan mengutamakan syarikat tetapi tentang rakyat,” katanya semasa program Jelajah DSSA Bersama Rakyat di Silabukan, Sabtu.

Shafie berkata program itu bertujuan untuk menjelaskan isu di Sabah serta negara kepada rakyat.

Beliau berkata, program itu membantu memberi pendapat tentang cara menyelesaikan masalah seperti bekalan air di negeri ini dan teguran atau pendapat itu tidak boleh dilihat sebagai sesuatu yang boleh merugikan kerajaan.

“Kerajaan bertanggungjawab menyelesaikan perkara seperti masalah bekalan air termasuk di Silabukan yang turut mengalami masalah bekalan elektrik.

“Kita sudah merdeka selama 60 tahun. Kita bentuk Malaysia, di manakah janji kita kepada rakyat? Bahawa kita negara membangun, maju tetapi kita kesal kerana ini mengambil masa yang lama dan tiada penyelesaian konkrit seperti itu, sama ada dari Sabah, atau di peringkat persekutuan. 

“Politik bukan tentang siapa yang perlu berkuasa tetapi menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

Keywords:
tamb





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here