Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Wanita warga emas melecur di bahu akibat disimbah air panas
Published on: Sunday, June 23, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Wanita warga emas melecur di bahu akibat disimbah air panas
Seorang warga emas wanita dilaporkan melecur di bahu akibat disimbah air panas di sebuah restoran di Taman Sibuga pada Jumaat. 
SANDAKAN: Seorang warga emas wanita dilaporkan melecur di bahu akibat disimbah air panas di sebuah restoran di Taman Sibuga pada Jumaat. 

Justeru, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N54 Dun Karamunting, Datuk Chew Kok Woh menyelar tindakan tidak berperikemanusian tersebut. 

“Saya difahamkan perbuatan itu di percayai di lakukan oleh isteri pemilik restoran tersebut. 

“Ini adalah suatu perbuatan yang tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pihak walaupun wanita tersebut adalah seorang yang kurang waras ataupun peminta sedekah,” kata Chew dalam kenyataannya kepada media, Sabtu. 

Tambah Chew, sejurus mendapat laporan tersebut, beliau telah menghubungi pihak polis dan mengarahkan Ketua Masyarakat Cina, Kapitan Poon Ret Wing untuk menyelidik dan membantu wanita tersebut. 

“Atas nasihat pihak polis yang tiba di lokasi, Poon membawa mangsa ke Balai Polis Bandar Sandakan untuk membuat laporan polis,” katanya. 

Chew turut turun ke Balai Polis Bandar Sandakan untuk membantu wanita tersebut membuat laporan.  Wanita tersebut turut dibawa ke hospital bagi merawat luka melecur di bahagian bahunya.

Sementara itu, Chew menasihati orang ramai agar tidak bertindak melulu dan menyelesaikan setiap perkara dengan toleransi.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here