Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Bom lama WWII ditemukan
Published on: Saturday, June 22, 2024
By: Nora Ahmad
Text Size:

Bom lama WWII ditemukan
Sebutir bom lama jenis peluru meriam 105mm seberat 11 kilogram dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua (WWII).
BEAUFORT: Sebutir bom lama dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua (WWII) ditemukan di Kampung Batu 61 Monternior, di sini, pada Jumaat.

Bom jenis peluru meriam 105mm seberat 11 kilogram itu ditemukan oleh seorang penduduk kampung berhampiran rumahnya kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Ismail Abdullah mengesahkan penemuan bom tersebut selepas menerima laporan daripada seorang wanita berusia 57 tahun.

Menurut pengadu, pada 6 Mei lalu adiknya menggunakan jentera berat melakukan kerja mengorek tanah untuk membuat jalan di kawasan tersebut.

“Kira-kira sebulan kemudian, tanah tersebut terhakis oleh hujan dan pada 17 Jun lalu pengadu ternampak satu objek besi mencurigakan, namun tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.

“Bagaimanapun, pada hari ini pengadu sekali lagi pergi melihat objek tersebut dan mengesyaki ia sebuah bom lama,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Susulan penemuan itu, Ismail berkata, sepasukan anggotanya pergi ke lokasi untuk melakukan tinjauan awal dan kawalan keselamatan.

“Pihak polis memasang tali kuning dan menempatkan anggota di lokasi untuk kawalan keselamatan sementara menunggu pasukan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah.

“Bom lama tersebut dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua jenis Artillery Shell 105mm sepanjang 43cm dan ukur lilit 30cm,” katanya.

Ismail berkata, kerja memusnahkan bom itu segera dilakukan dan selesai pada jam 5.20 petang oleh Unit Pemusnah Bom IPK Sabah dengan dibantu Unit Pemusnah Bom IPD Beaufort.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here