Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Dua pelancong Itali antara mangsa bas masuk gaung
Published on: Saturday, June 22, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:

Dua pelancong Itali antara mangsa bas masuk gaung
ANGGOTA bomba memeriksa bas itu sambil membantu mangsa.
LAHAD DATU: Dua wanita tempatan cedera parah sementara 17 lagi cedera ringan selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di KM13 Jalan Lahad Datu-Tawau, di sini, malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata, bas ekspres itu dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu dan membawa 18 penumpang, termasuk dua pelancong wanita warga Itali.

Dzulbaharin berkata dalam kemalangan jam 9.10 malam itu, bas ekspres itu terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung 50 meter.

“Dua wanita berumur 22 dan 36 tahun cedera parah sementara 17 lagi cedera ringan termasuk dua pelancong Itali serta pemandu bas.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu dengan ambulans dan kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Dzulbaharin berkata, sampel darah pemandu bas telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia di Kota Kinabalu untuk tujuan ujian alkohol serta dadah.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai yang melihat kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat trafik Insp Muhammad Rasul Ramlee pada talian 089-881255 atau ke balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

Dzulbaharin turut menasihatkan pengguna jalan raya agar memandu secara behemah ketika musim hujan serta memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. 

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, jabatan menerima panggilan kecemasan susulan kejadian itu pada jam 9.24 malam melalui MERS999.

Satu pasukan 20 anggota diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera, dua kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan sebuah kenderaan EMRS.

“Apabila tiba, pasukan melaporkan kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres yang terjunam ke dalam gaung 50 meter. 13 penumpang telah pun berjaya keluar sendiri dari bas.

“Pasukan membantu enam penumpang lagi yang cedera dan menyerahkan mereka kepada pasukan perubatan untuk rawatan segera,” katanya.

Semua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu dengan ambulans dan kenderaan EMRS untuk rawatan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 11.30 malam selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here