Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Undang-undang jenayah siber perlu dipinda
Published on: Friday, June 21, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

Undang-undang jenayah siber perlu dipinda
Sehubungan itu, Masiung menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi keselamatan segera meminda akta keselamatan siber dengan melaksanakan polisi perundangan baharu yang lebih efektif.
Kota Kinabalu: Undang-undang sedia ada berkaitan jenayah siber di negara ini perlu dipinda segera dengan akta yang lebih berat.

Adun Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, terdapat keperluan drastik merangka akta baharu yang lebih sistematik selaras perkembangan teknologi digital ketika ini.

Katanya, Malaysia merekodkan negara paling banyak pencerobohan data di dunia apabila berada di kedudukan ke-11 negara paling banyak data pengguna dicerobohi sejak 2022.

Tambahnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut merekodkan kerugian sebanyak RM2.23 bilion melibatkan jenayah siber di negara ini berdasarkan statistik dan hasil kajian buku jenayah siber diterbitkan Institut Keselamatan Awam (IPSOM).

“Perundangan siber kita agak lemah menyebabkan Malaysia dijadikan ‘lubuk emas’ oleh ‘scammer’ dari dalam dan luar negara menuai keuntungan atas angin.

“Banyak undang-undang siber negara sedia ada telah digubal sebelum 2010 yang bermakna, undang-undang kita sekarang agak lapuk dan perlu dipinda seiring kemajuan dunia maya tanpa sampadan.

“Ia wajar bagi mengawal jenayah penipuan dalam talian menerusi pelbagai platform ekoran situasi dunia maya yang tuntas sekaligus mengundang risiko rakyat terdedah jenayah ‘scam’,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, Khamis.

Mengulas lanjut, Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berkata, kes kecurian data di negara ini menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila melonjak ketara setiap tahun.

Menurutnya, pelanggaran data adalah penipuan scam keselamatan siber kedua tertinggi yang dilaporkan tahun lalu melibatkan sebanyak 5,917 kes.

Di Sabah, katanya, peningkatan jenayah siber termasuk scam dalam tempoh tiga tahun sejak September 2020 telah mencatatkan sebanyak 4,686 kes membabitkan lebih RM100 juta kerugian dilaporkan.

“Rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan jenayah siber paling banyak di Sabah melibatkan telephone scam, love scam, pinjaman tidak wujud, pelaburan secara online dan kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997.

“Hampir setiap hari kita dikhabarkan dengan insiden jenayah scammer dan penipuan ini malah peningkatan kes juga membimbangkan.

“Malah, orang ramai khususnya penguna internet sudah tidak selamat menggunakan telephone pintar dan komputer kerana setiap detik dibayangi penipuan ini,” katanya.

Sehubungan itu, Masiung menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi keselamatan segera meminda akta keselamatan siber dengan melaksanakan polisi perundangan baharu yang lebih efektif.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here