Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Rakyat Brunei datang ke Sabah dinasihat miliki insuran perjalanan
Published on: Friday, June 21, 2024
Text Size:

Rakyat Brunei datang ke Sabah dinasihat miliki insuran perjalanan
AWANG Hipni (dua dari kiri), Mohd Asrul (kiri) dan Raihan (dua dari kanan) dan Noraarney (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah di Istana Seri Kinabalu.
Kota Kinabalu: Rakyat Negara Brunei Darussalam dinasihat agar memiliki polisi insurans perjalanan apabila melakukan perjalanan ke luar negara itu, terutama ke Sabah.

Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Sabah, Awang Hipni Matarsad berkata para pengembara diminta untuk mempunyai perlindungan insuran perjalanan ke luar negara bagi memudahkan segala urusan terutama apabila melibatkan kecemasan.

“Perlindungan insuran ini penting terutama apabila berlaku musibah kepada pelancong.

“Perlindungan ini sedikit sebanyak memudahkan urusan terutama yang melibatkan kecemasan perubatan, kematian akibat kemalangan, kehilangan bagasi, kehilangan dokumen-dokumen penting terutama yang melibatkan pasport dan lain-lain lagi.

“Secara umumya, inilah antara khidmat nasihat dan cabaran yang pihak kami di Konsulat Agung Negara Brunei di Sabah jalankan iaitu memudahkan segala urusan yang melibatkan kecemasan dan menjadi penghubung antara yang terjejas dengan keluarga di Brunei.

“Namun, insiden kecemasan sebegini setakat ini dapat ditangani dengan baik kerana adanya persefahaman dan hubungan yang baik antara pihak pejabat konsulat dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta di Sabah.

“Saya juga amat berterima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh kerajaan negeri sepanjang lima tahun berkhidmat di sini,” katanya selepas mengadakan kunjungan perpisahan kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada Tun Juhar berkaitan penamatan tempoh pertugasan beliau sebagai Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Sabah mulai 19 Jun ini dan akan kembali ke Brunei Darussalam bagi menjalankan tugas di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Turut hadir isterinya, Raihan Pehin Suhaili, Konsul Brunei di Sabah Mohd Asrul Abdul Samad dan Konsul Muda Brunei di Sabah Noraarney Abdullah Apoh.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here