Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo
Published on: Friday, June 21, 2024
By: Bernama
Text Size:

Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo
DARI kiri, Chung, Frederick dan yang lain pada pelancaran buku itu.
Kota Kinabalu: Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo dan 81 daripada spesies berkenaan ialah endemik, kata Timbalan Ketua Konservator (Penyelidikan dan Pembangunan) Dr Arthur Y.C Chung.

Beliau berkata alam semula jadi di Borneo, dengan 15 jenis hutan yang berbeza terutamanya hutan gunung, menyediakan habitat semula jadi bagi kupu-kupu tropika untuk berkembang dengbopan baik.

“Kita mempunyai hutan gunung seperti (Gunung) Kinabalu, Banjaran Crocker, (Gunung) Trusmadi … kita juga ada hutan dipterokarpa campuran, dipterokarpa bukit dan tanah rendah yang sangat kaya dengan biodiversiti,” katanya ketika berucap semasa pelancaran buku bertajuk A Guide to Butterflies of Borneo di sini, Rabu.  

Buku itu dilancarkan oleh Presiden The Singapore Gardening Society Tan Jiew Hoe yang turut dihadiri Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan dan Pengarah Natural History Publication (Borneo) Chan Hin Ching.

Chung yang juga penulis utama buku berkenaan berkata beliau gembira kerana selepas lima tahun menunggu, buku terbabit berjaya dihasilkan, memaparkan gambaran kepelbagaian dan keindahan kupu-kupu di Borneo. 

Beliau turut berkongsi mengenai kupu-kupu bersayap burung Rajah Brooke dengan nama saintifik Trogonoptera brookiana, yang merupakan kupu-kupu kebangsaan

Malaysia, dan kupu-kupu sayap burung Kinabalu atau dikenali sebagai Troides andromache, kupu-kupu jarang jumpa yang diisytiharkan sebagai kupu-kupu negeri Sabah.

Kupu-kupu Rajah Brooke ditemui oleh Sir Alfred Russel Wallace dan dinamakan bersempena dengan James Brooke, Raja Putih Sarawak dari 1841 hingga 1868, manakala kupu-kupu Kinabalu pula diisytiharkan sebagai kupu-kupu negeri Sabah oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri pada Oktober tahun lepas.

Sementara itu, Tan berkata karya komprehensif buku itu menandakan peristiwa penting dalam kajian kupu-kupu, menawarkan rujukan muktamad untuk meneroka dunia kupu-kupu Borneo yang mempesonakan, sambil menjadi mercu tanda pengetahuan, menerangi keindahan dan kepelbagaian keajaiban serangga bersayap itu di Borneo.

“Buku ini bukan sahaja membongkar misteri kupu-kupu, tetapi juga menghargai peranan penting serangga itu dalam ekosistem,” kata Tan.

Buku berharga antara RM180 hingga RM200 itu setebal 436 halaman dengan gambar berwarna 158 spesies kupu-kupu yang memukau dengan tiga subspesies, bertujuan meningkatkan kesedaran dan meraikan kepelbagaian kupu-kupu tropika daripada spesimen eksotik dan besar kepada yang biasa dijumpai di Borneo.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here