Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Syor naikkan elaun Imam Rawatib, Imam Kariah kepada RM1,500
Published on: Thursday, June 20, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:

Syor naikkan elaun Imam Rawatib, Imam Kariah kepada RM1,500
JAMES (keenam kanan) bergambar bersama sebahagian masyarakat Islam Paitan yang menjayakan Program Korban Perdana itu.
PAITAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib mencadangkan elaun Imam Rawatib dan Imam Kariah dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

Beliau berkata, pihak berkaitan khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) perlu menaikkan elaun Imam Rawatib daripada RM850 sebulan kepada paras gaji minimum RM1,500 sebulan.

Begitu juga dengan Imam Kariah, daripada gaji RM1,300 kepada minimum RM1,500 dan ke atas, tambahnya.

“Ini memandangkan tugas Imam Rawatib dan Imam Kariah bukan mudah, dengan mereka terpaksa menjaga kampung-kampung di Sugut yang bukan sebuah kawasan kecil.

“Tugas seorang imam bukan sahaja melibatkan diri dalam urusan agama di masjid atau surau, malah menjadi orang penting dalam pentadbiran dan pengurusan daripada yang masih hidup hingga yang sudah meninggal dunia.

“Imam kita memerlukan perbelanjaan untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk menghadiri program keagamaan dan sebagainya.

“Jadi saya mohon kerajaan menaikkan elaun Imam Rawatib dan Imam Kariah kepada gaji minimum kerajaan iaitu RM1,500 dan ke atas,” katanya.

James yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata demikian ketika menunaikan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di Pejabat Daerah Kecil Paitan pada Isnin.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran masyarakat setempat serta ketua-ketua kampung untuk bersama-sama menunaikan ibadah korban.

“Hari ini kami menyembelih dan mengorbankan 10 ekor lembu sempena Aidiladha. Daging korban ini kemudiannya diagihkan kepada semua kumpulan penerima,” jelasnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here