Sun, 30 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

SESB ke arah guna meter pintar
Published on: Wednesday, June 19, 2024
Text Size:

SESB ke arah guna meter pintar
Madius dan David
Kota Kinabalu: Pengerusi Sabah Electricty Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pihak SESB kini dalam proses ke arah menggunakan Meter Pintar (Smart Meter) bagi merekodkan jumlah penggunaan elektrik di setiap premis serta kediaman di seluruh Sabah dan Labuan.

Menurut beliau, bagi tujuan ini pihak SESB membuka tender mempelawa syarikat-syarikat berkelayakan menjayakan inisiatif berkenaan.

“Tender dibuka pada 16 April dan ditutup 12 Jun lepas. Pada ketika ini ia sedang dalam proses analisa tender sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Tender Pengurusan dan seterusnya ke Jawatankuasa Perolehan dan Kewangan Lembaga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, Selasa, bagi mengulas saranan Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah David Chan.

Menurut Madius, saranan David agar pihak kerajaan menggunakan meter pintar adalah wajar kerana mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihan berbanding penggunaan meter konvensional.

“Saya ingin memaklumkan bahawa pihak SESB pun sememangnya sedang ke arah itu dan diharapkan segala proses yang dilaksanakan berjalan lancar,” katanya.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran turut menggalakkan orang ramai dan pengguna memuat turun dan mendaftar aplikasi mySESB di telefon bimbit masing-masing.

“Melalui aplikasi ini, pelbagai perkhidmatan boleh dilaksanakan hanya di hujung jari.

Antaranya, mendapat akses penyata bil terkini selain boleh membuat pembayaran bil secara terus ke sistem SESB tanpa perlu menunggu tiga hari bekerja seperti cara pembayaran yang lain.

“Pengguna juga boleh mendapatkan info semasa berkaitan penyelenggaraan di sesuatu kawasan, menyalurkan aduan dan menyemak status tindakan, membuat permohonan meter baharu serta pelbagai lagi,” tambah beliau.

Beliau berkata perkhidmatan mySESB ialah satu inisiatif bagi memudahkan para pelanggan berurusan tanpa perlu hadir berbaris panjang atau bersesak di kaunter atau Kiosk SESB.

“Namun buat masa ini daripada 696,711 pengguna SESB, baru 112,835 orang  telah mendaftar. Untuk itu, kita harapkan lebih ramai mendaftar di mySESB agar sebarang urusan orang ramai dengan SESB dapat diselesaikan dengan lebih fleksibel, mudah, cepat dan pantas,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here