Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Kerajaan terus kenal pasti kawasan perlu Starlink
Published on: Tuesday, June 18, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:

Kerajaan terus kenal pasti kawasan perlu Starlink
ARIFIN (kedua dari kanan) mengiringi Jeffrey semasa menyaksikan pameran.
KENINGAU: Kerajaan akan terus mengenalpasti mana-mana kawasan yang memerlukan peranti Starlink untuk memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar mengakses internet.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (KSTI) Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia bertujuan membantu merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar.

Apa yang penting, katanya, adalah membantu anak-anak dalam bidang pendidikan dengan mengakses atau melayari internet untuk mendapatkan maklumat terkini yang berkaitan dengan pendidikan.

“Selain itu, ia juga dapat membantu usahawan desa untuk mempromosi perniagaan mereka secara dalam talian, sekali gus meningkatkan ekonomi mereka,” katanya kepada media sempena perasmian Internet Komuniti Luar Bandar Kampung Makatip, Tambunan pada Sabtu lepas.

Perasmian majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan. 

Beliau berkata, Kampung Makatip ialah salah satu daripada 23 kawasan yang dipasang dengan peranti Starlink di daerah ini.

Katanya, selepas ini KSTI akan melancarkan program sama di Kudat dan Banggi.

Sementara itu Pengerusi Sabah Net Sdn Bhd Datuk Azaman @ Azman Ruslan berkata, pemasangan peranti Starlink di seluruh Sabah berhubung kait dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya ke arah transformasi digital, khususnya kepada masyarakat luar bandar.

“Alternatifnya adalah pemasangan peranti Starlink bagi membolehkan penduduk di kampung-kampung terpencil yang sukar mendapat capaian internet melalui rangkaian menara-menara telekomunikasi yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata kerajaan telah menyalurkan peruntukan besar untuk memastikan masyarakat luar bandar mendapat akses internet.

“Pada era digital ini, masyarakat luar bandar juga memerlukan akses internet yang lancar kerana mereka juga menggunakan internet untuk menjalankan aktiviti atau urusniaga perniagaan dalam talian,” jelasnya.

Terdahulu, Arifin mengiringi Jeffrey menyaksikan pameran agensi-agensi di bawah seliaan KSTI dan usahawan pada majlis itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here