Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Kes pecah rumah Kieda: Polis lengkap kertas siasatan, empat suspek akan didakwa
Published on: Tuesday, June 18, 2024
By: Bernama
Text Size:

Kes pecah rumah Kieda: Polis lengkap kertas siasatan, empat suspek akan didakwa
Khalieda Yusra - Sumber: Instagram.
GEORGE TOWN: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung penahanan empat individu termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan melarikan barang kemas dari kediaman pempengaruh Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata mereka terdiri dua pasangan suami isteri berusia 20 hingga 27 tahun itu ditahan 6 Jun lepas dan akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

“Siasatan kes itu telah selesai dan kes dalam peringkat untuk dituduh di mahkamah bagi tindakan seterusnya.

“Secara keseluruhan, polis merampas pelbagai barangan kemas dan emas bernilai RM100,000 daripada mereka serta mendapatkan semula resit pajak gadai bernilai RM400,000 daripada suspek-suspek yang telah jual barang kemas dan emas yang dicuri di rumah wanita itu,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis percaya dapat menyelesaikan kes berkenaan.

Kediaman pempengaruh yang juga usahawan pencuci mulut di Pokok Sena, Kepala Batas dekat sini dipecah masuk perompak yang turut melarikan barang kemas dan pada 3 Jun lepas Kieda memuat naik video di akaun TikTok selepas mendakwa masih tiada tangkapan dibuat terhadap suspek meskipun kejadian sudah 40 hari berlalu.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang (JKDM) cedera parah tertembak diri sendiri ketika mahu menghadiri latihan menembak jabatan itu, Selasa lepas.

Beliau berkata polis telah merekodkan keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan dan ketika ini menunggu pegawai berusia 42 tahun itu yang sedang menerima rawatan di hospital sedar untuk rekodkan keterangan.

Bernama sebelum ini melaporkan polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dipercayai tertembak diri sendiri membabitkan seorang pegawai JKDM Pulau Pinang ketika mahu menghadiri latihan menembak di jabatan itu di Seberang Jaya, kira-kira 9 pagi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here