Thu, 27 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Syarikat Bumiputera boleh mohon AP terbuka mulai 1 Jul
Published on: Tuesday, June 18, 2024
By: FMT
Text Size:

Syarikat Bumiputera boleh mohon AP terbuka mulai 1 Jul
Pertambahan syarikat akan menjadikan industri automotif lebih berdaya saing. (Gambar fail)
PETALING JAYA: Mulai 1 Jul depan, syarikat Bumiputera termasuk yang tidak pernah terlibat aktiviti automotif boleh memohon menjadi syarikat AP Terbuka bagi mengimport dan menjual kenderaan di Malaysia.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) menjelaskan langkah itu selaras usaha meningkatkan keterangkuman dan ketelusan dalam proses permohonan AP Terbuka.

“Pelaksanaan dasar ini dijangka menarik lebih banyak syarikat Bumiputera berkecimpung dalam industri automotif.

“Pertambahan bilangan syarikat akan menjadikan segmen ini lebih kompetitif dan berdaya saing,” lapor Bernama.

Miti memaklumkan antara syarat ditetapkan syarikat terbabit harus berstatus sendirian berhad, pemilikan 100% Bumiputera, mempunyai modal berbayar minimum RM1 juta, dan sedang beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun.

Justeru, syarikat bumiputera yang berminat dan layak untuk membuat permohonan boleh merujuk di https://www.miti.gov.my/index.php/pages/view/3796 bagi mendapatkan garis panduan, borang permohonan dan senarai semak.

Miti berkata, objektif utama kerajaan adalah untuk terus memperkasakan agenda sosioekonomi Bumiputera dengan memberi peluang kepada lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya saing terlibat sektor automotif.

Miti berkata, dasar AP Terbuka yang dilaksanakan sejak 1970 telah berjaya melahirkan syarikat Bumiputera berdaya maju, bukan sahaja dalam segmen mengimport dan menjual kenderaan, malah dalam aktiviti utama di sepanjang rantaian bekalan seperti perkhidmatan selepas jualan, insurans, dan logistik.

Dasar tersebut merupakan antara dasar berkaitan Bumiputera yang masih dikekalkan sehingga kini dan penting bagi mencapai sasaran 30% pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara seperti ditetapkan Dasar Ekonomi Baharu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here