Thu, 27 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Polis buru suspek edar dadah larikan diri, rampas Syabu RM130K di Beluran
Published on: Tuesday, June 18, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Polis buru suspek edar dadah larikan diri, rampas Syabu RM130K di Beluran
Suspek lari bernama Justin Vau Langat, 27, beralamat di Long Nahan, Baram, Sarawak, dan sedang giat diburu.
BELURAN: Polis sedang memburu seorang suspek kes dadah yang melarikan diri dan merampas dadah dipercayai Syabu dianggar seberat 4.072 kg bernilai RM130,304 ketika membuat sekatan jalan raya di Sapi Nangoh, di sini, pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Hasan Majid, berkata anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menahan sebuah Proton Saga kelabu bernombor pendaftaran SYR7763 yang dinaiki oleh dua orang lelaki iaitu pemandu dan penumpang hadapan.

Semasa pemeriksaan disaksikan oleh suspek penumpang, anggota PGA bertugas itu telah melihat satu plastik warna hitam di tempat simpanan tayar, tetapi, setelah plastik tersebut diambil, tiba-tiba pemandu kereta yang berada di dalam kereta memecut melarikan diri.

Suspek lari bernama Justin Vau Langat, 27, beralamat di Long Nahan, Baram, Sarawak, dan sedang giat diburu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Mohd Solahuddin Mohamad di nombor 0199810144 atau ibupejabat polis Beluran di talian 089511222 atau mana-mana balai polis yang terdekat. 

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.





ADVERTISEMENT






Top Stories Today

Sabah Top Stories


Follow Us  



Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here