Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Sabah-Malaysia Rumah Keduaku: Shareda tawar platform dalam talian
Published on: Monday, June 17, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Sabah-Malaysia Rumah Keduaku: Shareda tawar platform dalam talian
Chua berkata, Sabah akan menjadi negeri pertama di negara ini yang mempunyai platform dalam talian sedemikian yang akan mengurangkan perbelanjaan jika Kerajaan Negeri meluluskannya.
Kota Kinabalu: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) mencadangkan agar permohonan Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) dikemukakan secara dalam talian.

Presidennya Datuk Sr Chua Soon Ping berkata Shareda akan menanggung semua perbelanjaan dalam menyediakan platform dalam talian itu untuk Kerajaan Negeri sebagai satu lagi cara untuk membantu mereka yang berminat.

Katanya, Sabah akan menjadi negeri pertama di negara ini yang mempunyai platform dalam talian sedemikian yang akan mengurangkan perbelanjaan jika Kerajaan Negeri meluluskannya.

“Terdapat sedikit gangguan ketika melancarkan Sabah-MM2H baru-baru ini berikutan penggantungan ejen berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac), untuk menerima permohonan Sabah-MM2H.

“Justeru itu, apa yang kami lakukan ialah mewujudkan laman sesawang sebagai platform dalam talian supaya permohonan boleh dihantar.

“Shareda melakukan usaha ini kerana kami ingin membantu Kerajaan Negeri supaya program Sabah-MM2H berjalan lancar tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Chua berkata demikian pada PropEX 2024 Shareda selama empat hari bertemakan “Seni Bangunan” yang dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jaochim Gunsalam yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Jumaat.

Walaupun isu ejen berlesen Motac telah diselesaikan, Chua berkata Shareda masih akan melakukan penyerahan permohonan secara dalam talian melalui platform dalam taliannya.

“Terdapat dua cara untuk menghantar permohonan Sabah-MM2H, satu melalui ejen Motac berlesen dan satu lagi melalui aplikasi dalam talian kami.

“Kami akan membuat tawaran kepada kerajaan negeri dan kami akan serahkan kepada Ketua Menteri atau Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang membuat keputusan,” katanya. 

Kepada satu soalan, Chua berkata beliau akan membentangkan cadangan Shareda sebaik pulang dari China, bulan ini.

Beliau berkata PropEX sentiasa menjadi tempat yang sesuai untuk semua pembeli dan pelabur rumah mendapatkan tawaran terbaik, kerana semua pemaju dan pemain industri utama berada di bawah satu bumbung selama empat hari untuk membawa tawaran terbaik dan paling menarik.

Sebagai pemaju, katanya, mereka sentiasa digalakkan untuk membina projek yang lebih baik dengan harga yang lebih rendah dan Shareda sentiasa mencuba yang terbaik dalam menutup jurang dengan pelaksanaan pendekatan strategik untuk mengimbangi bekalan dan permintaan.

“Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bukanlah konsep baharu, ia telah diperkenalkan sejak 2002 oleh Kerajaan Persekutuan bagi menarik pelabur asing datang ke Malaysia bagi mendapatkan visa tinggal selama 10 tahun.

“Tetapi seperti yang kita sedia maklum, Sabah mempunyai landskap dan tuntutan uniknya sendiri berhubung MM2H. Oleh itu, kami telah mencadangkan untuk Sabah-MM2H (SBH-MM2H) yang memenuhi keperluan khusus untuk arena tempatan kita. Antara perbezaan yang dicadangkan ini ialah:

• Deposit tetap RM300,000 kepada Bendahari

• Tempoh SBH-MM2H ialah 5+5 tahun boleh diperbaharui

• Pemohon utama perlu berumur sekurang-kurangnya 30 tahun

• Mesti membeli 1 hartanah dengan nilai minimum RM600,000 (kediaman bertingkat tinggi atau suite komersial) ATAU rumah atas tanah RM1,000,000 dan ke atas

• Minimum 30 hari tinggal di Sabah dalam setahun untuk pemohon utama

• Yuran pemprosesan kerajaan sebanyak RM500 setahun

• Pelabur boleh memilih untuk melupuskan hartanah tersebut selepas 5 tahun, dengan syarat mereka perlu membeli hartanah baharu

“Dengan pelaksanaan yang dicadangkan ini, Sabah sepatutnya mempunyai peningkatan yang ketara dalam pergerakan ekonomi apabila pelabur asing ini memutuskan untuk masuk.

“Lonjakan pelabur ke Sabah untuk membeli atau pra-pilih hartanah akan menyebabkan kesan melata, merebak ke industri lain seperti perniagaan, pendidikan dan sebagainya,” kata Chua.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here