Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Wanita perlu peka tahap kesihatan diri: Nurul Izzah
Published on: Monday, June 17, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Wanita perlu peka tahap kesihatan diri: Nurul Izzah
Sanjana (kedua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Nurul Izzah.
SANDAKAN: Wanita disaran menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Pengerusi Inisiatif Penyelidikan Sosial dan Ekonomi (Seri) Nurul Izzah Anwar, berkata, ini penting agar mereka mengetahui tahap kesihatan diri masing-masing.

Jelasnya, amalan gaya hidup sihat seperti bersenam juga perlu diamalkan sekali gus memastikan tahap kesihatan yang lebih baik. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Santai Wanita Madani anjuran Persatuan Ratna Unggul Sabah (Ratu) di Dewan Hakka, Sandakan, pada Jumaat.

Hadir sama Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, pengerusi pelaksana program yang juga Pengasas Ratu, Sanjana Awang Zainal dan jemputan lain.

Pada majlis itu, seramai 110 warga emas, ibu tunggal dan wanita memerlukan, menerima bantuan bakul makanan.

Turut diadakan taklimat keusahawanan wanita sekitar Sandakan yang disampaikan penceramah jemputan.

Berkenaan program itu, Nurul Izzah berkata, Ratu berperanan penting dalam menganjurkan program melibatkan wanita.

Katanya, program ini juga sangat baik dalam meningkatkan lagi pengetahuan wanita dalam bidang perniagaan dan yang berkaitan dan tahu bagaimana mengembangkan ekonomi semasa. 

Sementara bagi anak muda pula, beliau menggalakkan mereka juga meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang dan kemahiran dan menjana pendapatan sesuai bidang yang dipelajari.

Terdahulu, Sanjana merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir dan menjayakan program di Sandakan itu.

Manakala Vivian juga menghargai usaha Ratu dan mengalu-alukan kehadiran Nurul Izzah ke Sandakan dalam berkongsi aspirasi beliau kepada wanita setempat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here