Fri, 28 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Ibu cari ibu bapa kandung ‘anak perempuannya’
Published on: Monday, June 17, 2024
By: Jonathan Nicholas
Text Size:

Ibu cari ibu bapa kandung ‘anak perempuannya’
NORAMBAILAH (kiri) bersama Ayryn dalam foto Hari Raya 2023.
Kota Kinabalu: Seorang ibu mencari ibu bapa kandung “anak perempuannya” yang kini berusia 19 tahun untuk tujuan pendaftaran.

Norambailah Sabil, 55, menerima Ayryn Nur Marina ke dalam keluarganya daripada ibu bapa remaja itu yang tidak mempunyai dokumen ketika dia baru berusia dua hari.

“Ibunya, Ledi Robin, yang merupakan saudara jauh arwah suami saya merayu kami untuk menjaga Ayryn, dan berjanji untuk kembali. Dia kembali untuk kali pertama dan terakhir dua minggu kemudian untuk memberikan susu.

“Sejak itu, usaha mengesannya atau mana-mana ahli keluarganya gagal. Kami pun tak pernah kenal ayahnya. Ledi memberitahu kami dia dipenjarakan,” katanya kepada Harian Express untuk meminta bantuan.

Norambailah, berkata selain masalah kewangan, ibu kandung remaja itu tidak dapat menjaganya kerana anak lelaki sulungnya dikatakan cacat.

“Kami sayang Ayryn, saya anggap dia seperti anak sendiri dan saya ibunya. Dia mengetahui dia adalah anak angkat pada usia 15 tahun. Patutlah saya mempunyai wajah dan warna kulit yang berbeza katanya apabila mendapat tahu hal ini. Sejak itu dia agak sensitif.

“Selepas bertengkar dia akan mengatakan ia kerana dia bukan anak kandung saya. Tetapi kami saling menyayangi.

“Walaupun seekor kucing berusia dua tahun mati, saya akan menangis, apa lagi dia,” kata wanita yang bekerja sebagai tukang cuci itu.

Membesarkan lima anak sendiri, katanya, Ayryn tidak pernah dianggap sebagai beban. Arwah suaminya adalah seorang pekerja recam dan nelayan yang sentiasa memastikan ada makanan di atas meja.

“Imigresen menangkap Ayryn semasa operasi tahun lalu menyebabkannya ditahan lima bulan. Mereka akhirnya melepaskannya selepas kami melakukan apa termampu.

“Mereka memberi amaran kepada kami bahawa dia tidak boleh ditangkap lagi atau akan diusir. Kami tidak mengenali sesiapa di Filipina dan bimbang apa yang akan berlaku kepadanya. 

“Walaupun tidak pernah mendapat pendidikan yang sewajarnya, dia belajar membaca terima kasih kepada sebuah sekolah NGO yang menempatkan mereka yang tiada kewarganegaraan di Likas.

“Bagaimanapun, dia tidak pernah bekerja kerana tidak mempunyai kad pengenalan. Jabatan pendaftaran telah memberitahu kami untuk mencari keluarga terdekatnya.

“Kami menerima maklumkat bahawa ibunya tinggal di Telipok tetapi kami tidak dapat menemuinya. Kami bertanyakan orang di sekitar dan mereka tidak tahu orang yang kami cari,” katanya.

Ketika ditanya mengapa mereka tidak menjalankan prosedur pengambilan anak angkat ketika dia masih bayi, Nombilah berkata kejahilan menyebabkan mereka takut.

“Kami takut jabatan kebajikan akan mengambilnya daripada kami. Tetapi sekarang kita tidak boleh melakukannya kerana dia sudah cukup umur.

“Sebab itu kami perlu mencari saudaranya. Kami telah melakukan segala yang kami mampu dan akan terus melakukannya,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here