Wed, 26 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

6,412 pek daging diagihkan sempena Aidiladha di Sandakan
Published on: Monday, June 17, 2024
Text Size:

6,412 pek daging diagihkan sempena Aidiladha di Sandakan
George berkata, agihan daging itu merupakan program tahunan yang dilaksanakan sempena Aidiladha.
Penduduk di sekitar daerah ini, termasuk Karamunting dan Tanjong Papat, menerima agihan daging berjumlah 6,412 pek sempena Hari Raya Aidiladha.

Di Karamunting, Adunnya Datuk George Hiew Vun Zin menyumbangkan 4,000 pek daging kepada 14 kampung di kawasan itu pada Khamis lalu.

George berkata, agihan daging itu merupakan program tahunan yang dilaksanakan sempena Aidiladha.

Jelasnya, agihan yang diselaraskan oleh Ketua Pemuda PGRS Karamunting, dilakukan bersama pihak ketua kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pemimpin lain di kampung masing-masing.

“Ia menterjemah Sabah Maju Jaya di bawah kepimpinan Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS, yang terus prihatin kepada rakyat keseluruhannya.

“Perpaduan dan keharmonian sedia terjalin juga dapat diterjemah melalui pelbagai perayaan yang disambut bersama tanpa mengira latar,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 2,412 pek daging diagihkan kepada penduduk di Sandakan dan Tanjong Papat.

Ia disumbangkan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee bersama Adun Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung.

Vivian berkata, kesemua daging berkenaan akan diagihkan  kepada penduduk di kawasan PPR Taman Harmoni, PPR Taman Mesra, Kampung Mangkalinau, Kampung Forest dan Sri Taman.

Penerima terdiri daripada golongan kurang bernasib baik, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan.

Sumbangan sama juga diberikan kepada rakan media yang banyak membantu menyebarkan maklumat kepada masyarakat. Turut menerima, rakan komponen parti serta badan kebajikan dan persatuan badan bukan kerajaan yang aktif membantu masyarakat.

“Pihak saya terus komited dalam meraikan kepelbagaian sambutan yang ada dengan penuh keharmonian,” katanya, menambah beliau berharap pada tahun akan datang pihaknya juga dapat menyampaikan sumbangan sama kepada lebih ramai penerima.

Selain itu, beliau berkata pada tahun ini, pihaknya juga menyumbangkan beberapa ekor lembu untuk surau, masjid dan agensi kerajaan sekitar Sandakan untuk melaksanakan ibadah korban tahun ini. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here