Tue, 25 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

RM30,000 untuk Persatuan Alumni Tube Sabah 
Published on: Sunday, June 16, 2024
Text Size:

RM30,000 untuk Persatuan Alumni Tube Sabah 
“Ini sebagai tanda sokongan dan galakan saya kepada persatuan ini untuk terus melaksanakan program bimbingan dan latihan kepada usahawan Tube atau bakal usahawan Sabah, agar mereka terus berjaya dan menjadi contoh kepada usahawan baharu,” kata Ewon.
PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada Persatuan Alumni Tunas Usahawan Belia (Tube) Sabah (Pantas).

Beliau berkata ia adalah sumbangan daripada peruntukan khas menteri dalam menyokong program pendidikan usahawan dan pemerkasaan Tube khususnya di Sabah selain membantu mengurangkan kos pentadbiran tahunan Pantas.

“Pada Mesyuarat Alumni Program Tube Sabah pada 11 November tahun lalu, saya menyatakan akan menyediakan geran pentadbiran tahunan untuk persatuan.

“Ini sebagai tanda sokongan dan galakan saya kepada persatuan ini untuk terus melaksanakan program bimbingan dan latihan kepada usahawan Tube atau bakal usahawan Sabah, agar mereka terus berjaya dan menjadi contoh kepada usahawan baharu,” katanya selepas menerima kunjungan daripada Pantas dan menyampaikan sumbangan tersebut di Pejabat Tekun Penampang di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Presiden Pantas Azizul Julirin, mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati dan keprihatinan Ewon terhadap keperluan persatuan.

“Saya amat terharu menerima sumbangan daripada Datuk Ewon kerana sejak persatuan ini diwujudkan pada 2017, kami tidak pernah menerima sebarang sumbangan atau peruntukan daripada mana-mana organisasi untuk melaksanakan program.

“Ini adalah kali pertama kami menerima sumbangan, dan peruntukan ini akan kami gunakan sebaik mungkin untuk manfaat semua ahli persatuan, serta bakal usahawan di Sabah. Kami melaksanakan pelbagai program termasuk bimbingan dan pensijilan usahawan Tube.

“Saya yakin sumbangan ini juga dapat membantu mengurangkan kos pengurusan persatuan termasuk kos logistik kerana ahli kami berada di seluruh Sabah,” katanya.

Tambah Azizul, sumbangan Menteri Kuskop itu juga sebagai tanda pengiktirafan kepada persatuan itu.

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here